Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat. Memiliki jiran yang baik juga merupakan satu rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri. Hati senang dan dapat hidup dengan lebih tenang serta harmoni.

“Saya baru saja pindah ke rumah ni. Asalnya hendak minta izin pada jiran untuk roboh kan dawai pagar tengah ni, dan nak ikat batu. Saya upah tukang buat sampai siap cat semua. Pastu jiran cakap kita share bayar. Alhamdulillah.”

Ini antara perkongsian pengalaman pemilik kediaman apabila rezeki dapat jiran yang baik dan tak berkira apabila sama-sama sepakat untuk menanggung kos menaikkan tembok rumah.

Namun banyak juga kes yang berlaku apabila pemilik kediaman tidak bertanya dan berbincang sebelum melakukan renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran. Akibatnya, boleh menjadi perselisihan faham dan bermasam muka sesama jiran.

Ads

Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat

Ini antara adab naikkan tembok hidup berjiran yang boleh dijadikan panduan:

  • Jika tinggal di kediaman jenis teres, mempunyai pagar di tengah dan belakang rumah jiran, sebaiknya minta izin, berbincang dan dapat kesepakatan bersama dahulu sebelum merancang untuk menaikkan tembok atau apa juga renovasi yang melibatkan jiran.
  • Persetujuan membina tembok pagar dari segi kos ikat batu, konsep rekaan, cat, plaster dan sebagainya. Ini kerana keperluan, kehendak, citarasa dan kewangan setiap orang/jiran tak sama. Mungkin ada yang berkemampuan dan ada juga sebaliknya.
  • Oleh yang demikian, pastikan sebelum memulakan renovasi, pemilik kediaman mempunyai modal yang mencukupi.
  • Pemilik kediaman tiada HAK untuk ‘memaksa’ jiran membayar kos renovasi atau binaan tembok tersebut. Namun cukup bertuah dan rezeki sekiranya jiran dengan rela hati sanggup menanggung kos bersama. Ia dianggap ‘bonus’ dan atas ihsan hidup berjiran.
  • Sebaiknya, buat kemasan menaikkan tembok dengan sempurna. Plaster dan cat sekali tembok rumah jiran dengan cantik jika berkemampuan dan mengikut perbincangan bersama.
  • Paling penting buat ukuran dengan tepat dan jangan bina tembok termasuk ke kawasan rumah jiran.

Semoga Bermanfaat!

Ads

Mesti Baca: Jangan Main Naik Tembok Rumah, Ini Etika Kontraktor Bila Tapak Libatkan Jiran
Baca Lagi Di Sini:Ubah Suai Pagar Cara Betul, Baru Tak Ada ‘Drama’ Masam Muka Sesama Jiran
Artikel Menarik:Siling Rumah Bertingkat Bocor, Tanggung Jawab Jiran Atas

IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan sebelum merancang untuk menaikkan tembok pagar rumah. Paling penting kata sepakat persetujuan bersama sebelum memulakan sebarang renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran.

Ads

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI