Pernah tak ada perasaan “harap-harap dia tak nak tumpang tandas” ketika ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah? haa mesti takut dan segan jika tetamu lihat tandas yang kotor dengan lantai berlumut kan.
Kebersihan tandas merupakan salah satu perkara yang amat leceh untuk dikekalkan. Kalau tidak dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali, memang lain rasanya. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang cukup sensitif dengan segala kotoran yang terdapat dalam kediaman.
Untuk mengatasi masalah mencuci lantai serta cermin berkeladak di tandas, seorang ahli kimia (FATIMAH SALIM) telah berkongsi rahsia di laman facebooknya untuk orang ramai amalkan. Jom kita lihat cara-caranya!
Ads
“Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya. Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
Ads
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA: Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman. Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain. Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
Ads
PERHATIAN: 1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air. 2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata. 3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula. 4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!”
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buah dan sayur adalah makanan sihat yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi tinggi nutrisi penting seperti vitamin dan mineral. Namun, anda harus berhati-hati kerana disebalik kehijauan segar sayur-sayuran itu mampu memudaratkan kesihatan anda. Hal ini kerana, sayur dan buah ini mengandungi beberapa zat berbahaya seperti pestisida (bahan kimia untuk elak dari kerosakan /gangguan dari serangga lain) atau telur serangga kecil yang melekat pada sayur dan buah.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membersihkan sayur walaupun sebenarnya hasilnya tidaklah 100%. Cara ini hanya boleh membantu membuang beberapa % racun dan telur serangga yang ada pada sayur dan buah.
Membersihkan buah dan sayur memang tidak semudah menghilangkan kotoran dari piring, kerana buah memiliki pori-pori meskipun tidak nampak. Bila racun atau telur serangga masuk ke dalam pori-pori kulit buah ini maka pembersihan biasa dengan cara mencuci tidak akan mampu membuang pestisida secara keseluruhan.
Selain itu, kerana buah dan sayur adalah makanan, anda juga tidak boleh sembarangan membersihkannya dengan sabun.
5 Cara Untuk Membasuh Sayur dan Buah Supaya Bersih
Cuci tangan anda dengan sabun sehingga bersih.
Basuh dan gosok perlahan dengan tangan permukaan buah dan sayur dibawah aliran air. Jangan gunakan sabun atau bahan kimia lain yang mampu mempengaruhi rasa buah dan sayur.
Buang daun atau lapisan paling luar jika sayur anda jenis membungkus seperti kubis. Untuk sayur jenis sawi, kangkung, dan sayuran berdaun yang lain anda perlu merendam ia kedalam air untuk menanggalkan tanah yang melekat serta serangga seperti ulat.
Rendam dengan garam untuk mencuci brokoli, dan sayuran lain secara satu persatu untuk membunuh ulat yang ada pada sayur serta buah.
Basuh sayur dan buah anda sehingga anda yakin ia bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki sebuah rumah saiz berkeluasan yang kecil dan terhad, bukan satu penghalang untuk anda memiliki dekorasi kediaman yang cantik.
Ini kerana, dengan pemilihan dekorasi dan susunan perabot yang betul, anda juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah yang kecil tampak menarik walaupun dengan pengayaan yang serba ringkas.
Mari kita lihat bersama hasil dekorasi yang telah ditonjolkan kediaman berkeluasan 700sqft ini untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada anda semua.
Pemilik kediaman telah memilih rona coklat terang dan gelap sebagai warna pilihan dekorasi ruang dalaman rumah. Di samping itu, pemilihan perabot warna hitam telah dijadikan sebagai pilihan bagi melengkapkan lagi dekorasi tersebut.
Dekorasi ruang dalaman kediaman ini kelihatan seperti berkonsepkan ala ‘Industrial Minimalist’ dan hasilnya nyata tampak sangat menarik dan kemas.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ramai orang takut untuk membeli kediaman sub-sale kerana dikhawatiri kedaan rumah yang tidak lagi dapat diselamatkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua rumah sub-sale itu dalam keadaan teruk. Ada juga yang masih dalam keadaan boleh tinggal dan tidak banyak yang perlu dibetulkan.
Menurut tuan rumah, Puan Diana Zaini kediaman sub-sale kos rendah yang dibelinya hanya menelan belanja RM70K untuk ubahsuai termasuk perabot dan barangan keperluan kediaman yang lain.
Rumah dengan keluasan 20×50 kaki persegi tersebut merupakan rumah jenis memanjang dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk disempurnakan. Dengan konsep pilihan moden minimalis, kebanyakkan inspirasi dekorasi ruang didapatinya melalui perkongsian rakan-rakan di facebook selain mencari idea melalui IMPIANA.
Ketika ditanya tentang runag kegemarannya, Puan Diana amat sukakan ruang tamu beliau yang dihias ringkas tetapi amat selesa, memandangkan ruang ini merupakan tempat tumpuan buat ahli keluarga berkumpul. Rona neutral yang dipilih membangkitkan rasa nyaman ketika berada di ruang tersebut.
Berikut merupakan koleksi gambar “Sebelum & Selepas” kediaman Puan Diana yang dikongsi beliau dengan IMPIANA
LUAR RUMAH
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.