Air-Cond Tak Berapa Nak Sejuk, Cuba Servis Sendiri Indoor Unit Air-cond. Musim panas lit-lit ni, aircond dah bukak suhu paling rendah dan blower dah full speed tapi masih tak berasa. Ini merupakan tanda-tanda sudah tiba masanya untuk anda servis air-cond tu.
Tapi sebelum panggil kontraktor, apa kata cuba bersihkan dulu unit indoor tu sendiri. Serius memang jimat berganda. Tak susah pun, boleh ikut langkah yang dilakukan oleh Khairul Azwan Abd Aziz ni.
Oleh kerana semalam angin air-cond perlahan sahaja walaupun blower dah full speed, harini ambik masa sekejap buat pembersihan balik air-cond ni. Step mudah yang kita sendiri pon boleh buat..
BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Screw driver
2. Berus yang bersih (kalau ada vacuum lagi bagus)
3. Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku tak guna pon, sebab cooling coil tak nampak kotoran degil berkerak.. hanya habuk yang boleh dicuci dengan berus)
4. Kain untuk mengelap.
5. Tangga
LANGKAH 1
Mula-mula, pastikan dah matikan suis aircond dulu.
Lepas tu buka filter dan cover filter serta cooling coil ni.
Tarik perlahan-lahan ke atas. Sebelah lagi pun buat macam tu juga.
Lepas dah buka cover tu, buka casing aircond pulak. Ada 2 ke 3 biji skru ikut jenis dan brand aircond. Macam Sharp inverter ni ada 2 biji skru kiri dan kanan casing.
Lepas dah buka skru, buka casing dengan cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah anda
(Buat lemah lembut kalau tak biasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara buka casing aircond ni sama ja.)
Ads
LANGKAH 2
Kemudian, buka flap angin yang swing tu.
Buka yang tengah dulu dengan tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu.
Pastu tarik kaki flap sebelah kiri keluar perlahan-lahan. (Jangan kasar, nanti patah haha.) Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.
LANGKAH 3
Ok lepas dah buka casing, kalau room temperature sensor jenis yang ada sekali dekat cooling coil, cabutkan dari cooling coil tu dulu supaya senang nak cuci cooling coil nanti.
LANGKAH 4
Ok seterusnya, buka flap angin yang boleh adjust kiri kanan ni. Kalau jenis Sharp ni, tolak ja setiap klip tu ke atas untuk buka.
Lain brand aircond lain cara bukak dia, jadi perhatikan elok-elok atau Google dulu sebelum buat. Benda tu mudah patah.
Ads
LANGKAH 5
Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hang, berkerak…! So ni punca dia angin koi pelan haha. So cuci la pakai berus. Sambil-sambil tu sedut guna vacuum pon boleh..
Kalau teruk lagi smpai tak keluar kotoran tu, bolehlah sembur pakai aircond cleaner. Biarkan sekejap bagi dia keluar semua kotoran degil tu, lepas tu tadah bekas / besen, kemudian sembur dengan pressure air.
Boleh beli botol pressure yang guna manual pam tu. (Beringat, jgn pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu ngn plastik utk langkah selamat)Jom kita kasi cuciii…
(cuci jangan sampai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas dan ke bawah ikut alur fin tu.. sesetengah org ikut dan ja tonyoh kuat-kuat smpai penyet abih fin tu. Nnt udara nk lalu celah-celah fin tu payah.. so kurang efisyen la sejuknya.
Kalau tadi guna air conditioner cleaner, sembur dan biarkan dia keluarkan semua kotoran-kotoran tu, then sembur guna pressure air. Semburkan sedikit demi sedikit sampai bersih. Jgn lupa tadah plastik atau bekas / besen tau..hehe.)
Lepas tu kita on suis, test angin tengok kuat balik dak.. biaq keluaq mcm angin ribut pon xpa haha.
LANGKAH 6
Ok lepas dah basuh semua benda-benda plastik ni, pasang balik ikut turutan masa buka tadi.
Pasang flap kiri kanan dlu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik.
Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja..
Pasang balik filter yang dah dicuci bersih-bersih.
SIAP!
Okehh siappp… Nyaman mcm baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah..
Nahh… ni baru 8bulan punya habuk. Kalau hgpa dah bertahun xpenah cuci tu, xtaulah..haha.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Adakalanya, benda yang murah akan tampil cantik jika kena pada penataan nya. Seperti perkongsian puan Muniyati di laman sosial, dinding yang kosong dan kelihatan bosan perlukan sentuhan yang unik. Maka pencarian ilham melalui pinterest dilakukan.
Ilham asal panel kain ini memerlukan bingkai atau kotak untuk dilekatkan kain tersebut. Namun olahan jimat dan bijak puan muniyati hanya memperuntukkan RM 20 untuk mengindahkan dindingnya yang bosan. Yang paling penting pilihan corak bagi setiap panel harus sesuai supaya tidak kelihatan murah.
Bahan-bahan:
3 helai kain (lerang 45 dengan ukuran 1 meter setiap satu)
1 batang kayu 1 inci
Tali
Cara-cara:
1. Jahit biasa keliling kain dan buat poket untuk masukkan batang kayu 1 inci sebagai pemegang.
2. Potong batang kayu 1×1 inci tadi mengikut lebar kain
3. Masukkan batang kayu yang telah siap dipotong ke dalam poket pada kain yang telah disediakan
4. ikat tali pada batang kayu sebagai tempat gantung
Boleh jadi kena benda tajam, pintu kayu di rumah pecah atau berlubang. Nak beli baru, bahagian yang pecah dan berlubang mungkin kecil. Tak berbaloi pula. Ataupun mungkin kita beli kediaman lama, yang pintunya begini keadaannya.
Jika tak nak beli baru pun tak mengapa, pintu kayu yang pecah atau berlubang ini boleh kita baiki dengan cara menampalnya. Caranya dikongsi oleh Ashura AT.
DIY baiki pintu kayu berlubang
Rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, insha-Allah.
2. Tembak PU Foam. Lepas sejam potong lebihan, kasi rata. Klik SINI untuk beli PU Foam di Shoppe
3. Lekat joint tape.
4. Apply wood filler.
5. Lepas kering, kemaskan dengan kertas pasir.
6. Dah boleh cat, settle.
Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, mungkin lebih RM480 terbang termasuk upah install. Itu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.
Tingkap nako kebiasaannya mudah dijumpai di kediaman yang telah berusia binaanya. Sekarang ini reka bentuk rumah sudah semakin moden dan tidak lagi menggunakan tingkap nako. Paling tidak sliding window. Tapi kalau anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau. Tidak peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediamannya. Malah kini menjadi trend pula. Apa yang dilakukan oleh Pn. Suhana bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak, cukup sekadar lekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.
Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? anda perlu ikut 6 langkah mudah dan cepat ini
Bahan-bahan:
1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker
Cara-cara:
1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.
2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti
– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu
5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap
Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.
Sumber: Pn Suhana Mat Rasau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.