Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.
Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.
IKLAN
Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air
IKLAN
CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.
IKLAN
Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Risau anak terjatuh tangga atau masuk tempat larangan seperti dapur, pagar adalah penyelesaian yang terbaik. Nak beli pagar baby tu atau Baby Security Gate bukan lah murah, ratusan juga harganya. Selain itu, yang sering menjadi isu adalah saiznya.
Apa kata kita buat sendiri je Baby Security Gate seperti yang telah dilakukan oleh En. Shuhaimi Zulkefli. Dengan modal hanya RM 30, dan yang penting tak memerlukan peralatan rumit.
Bahan-Bahan:
Pelaras Kaki Meja terpakai (sebagai security locked).
Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)
Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah
Kayu Pallet
Roda Kecil (Kedai RM2.00)
Skru ikut kesesuaian tebal kayu & Driller
Baby Security Gate yang telah siap. Kayu pallet tadi di cat kuning untuk nampak lebih cantik dan kemas. Terpulang kepada anda nak cat atau tidak
Ini rupanya apabila di buka, tapi dengan penggunaan pelaras kaki meja terpakai sebagai kunci, pagar ini memang sukar untuk di buka walaupun oleh orang dewasa
Ini dia pelaras meja yang dijadikan sebagai kunci pagar, pastikan lubang yang di tebuk selari dan bersesuaian dengan kedudukan pagar.
Roda kecil tadi di jadikan sebagai sokongan pada kaki pagar dan bagi jarak sikit dari dinding di samping memudahkan pergerakan
Kedudukan roda pada dinding
Perlu 2 biji roda untuk menyokong kaki pagar
curtain hook (IKEA) tadi digunakan sebagai pemegang frame. Untuk lebih kukuh, tebuk lubang untuk melekatkan curtain hook tadi. Guna double side yang hitam itu pula untuk letakkan roda untuk memudahkan pergerakan pagar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai sekarang memilih untuk menggunakan sinki dari metarial stainless steel kerana ia kelihatan cantik. Namun, ramai juga merungut apabila permukaan sinki stainless steel mudah nampak kusam, berkerak dan kelihatan sedikit kotor walaupun sudah dicuci dengan air sabun selepas digunakan.
Sebenarnya, bukan tak bersih. Tapi ia merupakan tindak balas bahan kimia yang terkandung dalam air dan bahan yang dicuci pada permukaan stanless steel.
Oleh itu, untuk pastikan sinki stainless steel anda sentiasa kelihatan berkilat, cantik dan yang pasti bersih, ada teknik penjagaan yang perlu anda lakukan secara rutin mingguan. Mudah je caranya.
Berikut, bahan-bahan yang diperlukan:
Main mikrofiber yang lembut
Cuka
Sarung tangan
Baby oil atau miyak kelapa
Kain kering yang bersih
Baking soda
Cara-caranya:
1. Pakai sarung tangan dan bersihkan permukaan sinki dari sebarang kotoran. Bilar sinki dengan air panas
2. Taburkan baking soda rata pada keseluruhan eprmukaan sinki. Tak perlu tebal ye.
3. Gosok permukaan sinki yang telah ditaburkan baking soda tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan kain bersih yang telah dibasahkan sedikit. Jangan sental. Nanti takut permukaan sinki calar
4. Setelah digosok, semburkan cuka pada keseluruhan permukaan sinki.
5. Kemudian, bilas atau cuci dengan air panas dan lap sehingga kering menggunakan kain mikrofiber
7. Jika permukaan sinki anda masih tiak kilat selepas di cuci bersih, lembapkan sedikit kain kering dan bersih dengan secikit minyak. Sapu permukaan sinki atdi dengan kain yang telah diletakkan minyak
Jadikan rutin cucin ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan permukaan sinki stainless steel anda sentiasa kelihatan berkilat dan bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.