Apa yang anda lakukan dengan air rebusan selepas selesai memasak. Mesti buang, kan? Tahukah anda bahawa air rebusan tak kira lah anda merebus apa sekali mempunyai kandungan dan zatnya yang tersendiri. Sebenarnya, ada sebahagian air rebusan tersebut berguna dan membantu tumbesaran tanaman anda. Ini bermakna, secara tidak langsung penggunaan air rebusan pada tanaman ini menjadi booster atau baja. Antara air rebusan yang sesuai digunakan dan berkhasiat untuk tanaman adalah seperti berikut:
Air yang digunakan untuk merebus telur mengandungi kalsium yang tinggi. Kalsium amat diperlukan untuk memastikan tumbesaran sihat struktur pokok.
Tanaman juga memerlukan zat iron. Air rebusan bayam bukan sekadar memberi zat airon yang diperlukan oleh tanaman, malah mengandungi kadar potassium yang tinggi
Pasta yang telah direbus akan meninggalkan sisa kanji di dalam air. Kanji adalah antara kandungan yang sesuai untuk membaik pulih kondisi tanah.
Walaubagaimanapun, air rebusan perlu dibiarkan sejuk sepenuhnya sebelum digunakan pada tanaman. Anda perlu siram air rebusan tersebut terus di atas tanah sekitar tanaman. Yang paling penting, pastikan ia tidak mengandungi minyak, kandungan garam, perasa dan pewarna tiruan. Jika tidak, ia akan merosakkan tanaman.
Sumber: https://www.rd.com