Dekorasi

Air Semburan Kulit Bawang ‘Spray’ Berkesan Elak Serangan Perosak Sayuran

Share

Tak perlu guna bahan kimia sama ada racun atau baja untuk menyuburkan pokok.

Guna saja cara semula jadi untuk menyubur pokok sayur yang banyak kaedahnya. Salah satu yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan air rebusan kulit bawang.

Lebihan kulit bawang baik bawang merah atau bawang putih yang digunakan untuk masakan boleh disimpan dan diolah untuk menjadi semburan bagi mengurangkan serangan serangga perosak pokok sayur sekali gus menyuburkan tanaman.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan dikongsi oleh Norahim Ibrahim.

Air semburan kulit bawang untuk elak serangan perosak pokok sayur

Saya kongsikan salah satu cara untuk mengurangkan serangan serangga perosak.

  1. Ambil kulit bawang, tak kisah sama ada bawang besar atau bawang putih. Biasanya saya ambil 5 genggam kulit bawang.

2. Kemudian tuang air dalam kuali dan masukkan sekali kulit bawang tadi. Rebus hingga mendidih dan tutup api.

3. Biar sejuk dan tapis. Ambil air rebusan saja dan simpan dalam balang. Letak di tempat yang gelap (dalam kabinet dapur pun ok). Air ini tak perlu diperam terus boleh digunakan.

Cara penggunaan

Ambil 50ml air rebusan tadi, cairkan dengan 1 liter air. Sembur pada pokok 3 kali seminggu. Dari pangkal sampai ke daun. Boleh adjust kepekatan ikut jenis dan usia pokok.

Semoga bermanfaat.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Nana