
Sekarang ni, ramai kaum adam suka dekor rumah kan. Semalam IMPIANA terbaca satu posting adik ni makeover bilik tidur nya sendiri. Memang terkebil-kebil mata tengok gambar sebelum dan selepas makeover dilakukan.
Menurut pemilik Keyme Jxr kediaman ayahandanya telah berusia lebih 40 tahun. Keseluruh struktur diperbuat dari kayu. Tapi dengan kemahiran memasang siling yang menjadi sumber pendapatannya, bilik struktur kayu ni kelihatan seperti sebuah studio selepas makeover.
“My dream room” Dari siling, cat sampai ke dekor buat sendiri. Jimat kos upah. Jangan ingat rumah kayu tak boleh jadi macam rumah batu
![]()
Kos keseluruhan makeover bilik ni adalah RM 3,000. Bahagian dinding kayu ditutp menggunakan sistem siling kapur.Kesemua perabot dan aksesori di dalam bilik ini dibeli baru. Walaubagaimanapun, kerja-kerja menukang bilik bujang ini sudah pasti menuntut kerja yang teliti agar bahagian-bahagian sambungan dilakukan kelihatan sempurna.
Posted by Keyme Jxr on Wednesday, 26 February 2020
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat beg atau sarung kusyen hiasan sendiri

Foto: Azfarina Sulaiman
Bahan yang diperlukan
Kain belacu
Daun
Benang atau tali
Plastik
Gunting
Periuk kukus
Baldi

.
Langkah mudah
1. Rendam kain di dalam air bersih sekurang-kurangnya 30 minit untuk membuka pori bagi memudahkan penyerapan warna.

1. Rendam kain di dalam air bersih sekurang-kurangnya 30 minit untuk membuka pori bagi memudahkan penyerapan warna.
2. Perah kain yang telah di rendam.

2. Perah kain yang telah di rendam.
3. Bentangkan plastik dan lapiskan kain di atasnya.

3. Bentangkan plastik dan lapiskan kain di atasnya.
4. Susun daun mengikut kreativiti. Bahagian bawah daun ebih pekar berbanding permukaan atas.

4. Susun daun mengikut kreativiti. Bahagian bawah daun ebih pekar berbanding permukaan atas.
5. Sebaiknya susun secara berselang untuk impak yang lebih menarik.

5. Sebaiknya susun secara berselang untuk impak yang lebih menarik.
6. Gulung ketat kain yang telah siap disusun. Plastik berfungi bagi mengelak warna daun membias ke bahagian yang tidak diperlukan.

7. Ikat ketat gulungan kain tadi menggunakan tali.
7. Ikat ketat gulungan kain tadi menggunakan tali.
8. Letak di dalam pengukus dan kukus sekurang-kurangnya 2 jam.

8. Letak di dalam pengukus dan kukus sekurang-kurangnya 2 jam.
9. Ketika masih panas, buka ikatan tali, buangkan daun dan jemur di bawah teduhan selama 3 hari sebelum dicuci.

9. Ketika masih panas, buka ikatan tali, buangkan daun dan jemur di bawah teduhan selama 3 hari sebelum dicuci.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baja Kalfos Mampu Elak Buah Dan Bunga Gugur Sebelum Matang

Tanaman anda kerap mengalami buah muda gugur secara tiba-tiba atau kudup bunga gugur? Tak ada pula nampak kesan serangan atau jangkitan penyakit. Nak katakan tak bagi baja, dah bagi. Mungkin terlebih baja. Ia menyebabkan pokok panas dan ada bahagian-bahagian tertentu seperti daun, buah dan bunga cepat gugur.
Jika semuanya dalam keadaan normal, faktor lain yang boleh mengundang masalah ini adalah disebabkan oleh kurangnya kalsium dan kadar imuniti terhadap tanaman. Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan menggunakan baja kalfos.
Baja kalfos baik untuk perkembangan sistem akar, melebatkan dan berupaya mengelak buah dan bunga yang belum matang gugur.
Bahan-bahan:
1 mangkuk Kulit telur/kulit kerang/kulit siput/kulit udang atau campurkan semua bahan
5 mangkuk cuka organik. Boleh guna cuka nipah atau beras
Cara-cara:
1. Hancurkan kulit-kulit yang telah disediakan tadi menjadi serpihan kecil
2. Sangai tanpa minyak kulit telur atau kulit makanan laut tadi sehingga separuh hangit dan sejukkan
3. Masukkan 10 mangkuk cuka di dalam bekas kedap udara
4. Masukkan kulit telur yang telah sejuk sepenuhnya tadi kedalam beaks berisi cuka. Anda akan nampak tindak balas cuka dan kulit telur serta merta.Buih-buih akan terhasil dengan banyak dan cepat. Anda tidak perlu panik
5. Tutup bekas selepas tindak balas kimia yang menghasilkan buih-buih tadi selesai sepenuhnya
6. Simpan bancuhan selama 20-30hari. Selepas selsai tempoh perapan, tapiskan dan buang mendapan. Hanya pati cecair diperlukan
Cara guna:
1. Campur pati kalfos 5-10ml bersama 1L air
2. Semburkan pada bahagian bawah daun, batang da buah setiap 1-2 kali seminggu
3. Baja ini juga sesuai dicampurkan bersama baja organik yang lain
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cuci Baju Sekolah Putih Berseri Guna Sabun Lux Je

Untuk cuci baju sekolah dan menjaga kebersihannya agak sukar lebih-lebih lagi baju sekolah anak yang harus kekal bersih sepanjang masa di sekolah. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam namun sudah banyak cara dan sabun pencuci yang digunakan tetapi keputihan baju tidak seputih mana.
Baca juga: Tempat Simpan Baju Dan Keperluan Sekolah Anak Dari Rak RM 9.99
Sebenarnya, cara basuh baju putih dengan menggunakan sabun mandi Lux Rose telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah yang mengamalkan dengan cubalah Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi. Guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak tinggi atau agak mahal.
Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse. Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih? cuci baju sekolah Gunalah Lux
dengan trik yang disenaraikan ini, tugas menggosok mak-mak lebih mudah dan cepat. Tak perlulah sampai berjeruk ketiak menggosok baju. Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian
3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda.
5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar
9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI