Berita

Akibat Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Seorang Pensyarah Terpaksa Tinggal Dalam Khemah

Share

Tidak dinafikan kos sara hidup kian semakin meningkat sehingga memberi tekanan kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia pada hari ini. Bukan sahaja dihadapi golongan orang biasa malah lebih parah ia turut dirasai buat golongan elit.

Terbaru, dikhabarkan seorang pensyarah bahasa Inggeris di United Kingdom (UK) yang dikenali sebagai Aimne Le telah membuat pengakuan bahawa dirinya pernah tinggal di dalam khemah sepanjang tahun ketiga dia menyiapkan PhD.

Difahamkan, pensyarah ini memilih untuk tinggal di dalam khemah kerana dia berdepan dengan masalah kewangan akibat kenaikan harga sewa rumah yang naik secara mendadak pada tahun ketiga beliau menyiapkan PhD. Lantas menyedari hal tersebut, dirinya tidak mampu untuk menyewa sebuah flat dan menanggung semua kos kajian penyelidḭkannya itu.

“Sejuk, khemah itu sangat kecil. Hanya muat untuk seorang sahaja,” cerita pensyarah itu.

“Semua itu jadi kenẫngan pahit, lebih-lebih lagi pada suatu ketika, saya bangun, dan luar khemah saya dipenuhi dengan bulatan salji. Kalau saya sedang tiada sebarang tugasan, saya belajar cara untuk potong kayu untuk menyalakan api,” terangnya lagi.

Disebabkan khemah yang begitu kecil, dia memilih untuk menyimpan semua buku pascasiswazahnya di pejabat kerana tidak mahu buku itu rosak. Bukan itu sahaja, dia juga mandi di universiti.

Lebih menyedihkan lagi, apabila dia tidak ingin ibu dan bapanya risau. Oleh itu, dia bertindak untuk tidak memaklumkan kepada keluarganya berkenaan hal itu. Wanita itu juga telah memberitahu ibu dan bapanya bahawa dia tinggal di ladang ekologi.

Walaupun pihak universiti ada menegaskan mengenai kebajikan pelajar dan sebagainya, dia tetap memilih untuk tidak memberitahu universiti tempat dia belajar mengenai kesukaran hidupnya pada masa itu. Menurut dia, masalah itu akan membuatkan reputasi dia akan rosak kerana di ‘cop’ sebagai orang tiada tempat tinggal.

Dia juga sempat menghabiskan masa selama enam bulan tidur di atas lantai rumah rakannya semasa menjalankan penyelidikan PhD dan pada masa yang sama dia sempat mengajar subjek Sejarah dengan bayaran £15 (RM84.67) sejam di Universiti Russell Group.

Dia juga dikatakan pernah mempunyai kecacatan, dan pada tahun ketiga dia menjalani PhD, pembiayaan dia dibekukan semasa dia terpaksa berehat sebulan selepas pembedahan dilakukan. Menurut laporan, dia merupakan pelajar antarabangsa dan disebabkan itu dia terpaksa membayar yuran yang lebih mahal iaitu sebanyak £8,000 (RM45,286.85).

Malah, dia juga perlu membayar £3,000 (RM16,984.45) untuk sewa rumah. Disebabkan itulah dia telah meminjam khemah daripada kawannya berikutan tidak mampu membayar kesemua bayaran itu dengan duit gajḭnya sebagai tenaga pengajar.

Pensyarah itu telah memperoleh PhD pada tahun 2018 dan pernah mengajar murid di sekolah dan bekerja di taman botani untuk memenuhi keperluan hidup sebelum memperoleh dua tahun kontrak untuk mengajar penulisan kreatif di Universiti Exeter.

“Masa itu sangat sukar, sebab nak teruskan mengajar, dan pada masa yang sama nak buat penyelidikan. Malah, tiada tempat tinggal yang lebih baik untuk saya tinggal. Sehingga pada akhirnya saya pernah mengalami Post-traumstic stress disorder (PTSD) yang sangat teruk.” kata pensyarah itu.

Jadi jelas lah di sini, masyarakat dunia akan terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi pada masa akan datang apabila harga makanan dan bahan mentah, serta caj perkhidmatan terus meningkat. Kadar gaji pula masih di takuk lama.

Sumber: ohinfokini.co

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!

Published by
Nazar Rafiqhi