Alif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding Kediaman. Selebriti versatile Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, baru-baru berkongsi keterujaannya apabila dapat memiliki karya seni lukisan figura hebat Datuk Dr. M Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’.

Karya seni tersebut berukuran 102cmx160cm dan menggunakan kemasan cat minyak. Ia diletakkan pada bahagian dinding menghiasi laluan tangga di kediaman penyanyi ini.

Bagi Alif karya seni lukisan tersebut berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan koleksi sebagai hiasan dinding di kediamannya.

Latest in the collection…
‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ karya lukisan by the one and only… Datuk Dr. M Nasir.
Karya seni ni datang dengan lagu dia sendiri… It’s both audio and a visual experience😍 A MASTERPIECE!!

Alif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding KediamanAlif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding KediamanAlif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding Kediaman

Pameran Lukisan Galeri Seni

Terdahulu, karya seni ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ ini antara lukisan yang menjadi pameran di galeri seni. Pameran tersebut diberi nama, Sesat Di Kuala Lumpur, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M Nasir di Galeri Puteh, KL Eco City Mall yang diadakan pada bulan Jun tahun lepas.

Ads

Alif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding Kediaman Alif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding Kediaman

Pameran lukisan berteraskan karya ciptaan dan lagu nyanyian tersohor Datuk M Nasir bagi meraikan perjalanan seni penuh inspirasi selama 45 tahun seniman ini mengabdikan diri dalam dunia kreatif.

“Saya fikir sangat sesuai dan menarik kerana ia seperti cerminan kepada kerjaya saya sepanjang 45 tahun menghasilkan lagu. Kalau melukis memang sejak kecil saya sudah berkecimpung, lebih daripada 45 tahun.

“Jika diikutkan, sebelum menyanyi saya memang melukis. Saya ambil bidang seni lukis ketika di sekolah dan menjadi pelukis sepenuh masa sebelum jadi penyanyi,” jelas beliau.

Ads

Sepanjang 45 tahun, M. Nasir telah menghasilkan lebih 3,000 lirik lagu untuk kumpulan ternama tanah air seperti Alleycats, Sweet Charity dan Flybaits selain terlibat dalam filem, konsert dan merakam lagu-lagu baharu.

IMPIANA: Wah bertuah sungguh, Alif Satar dapat menghiasi dinding rumah dengan memiliki ‘karya emas’ yang dihasilkan oleh figura hebat dalam industri seni Datuk Dr M Nasir.

Ads

Mesti Baca: Tonjolkan Personaliti & Cita Rasa Anda Melalui Lukisan Di Dinding Rumah
Baca Lagi Di Sini: Dinding Rumah Kotor Dengan Lukisan Si Manja, Ini cara Hilangkan
Artikel Menarik: Hadiahkan Dekorasi Makeover Kepada Manager, Episod Kedua Impiana Makeover Ruang Selebriti Menyaksikan Sikap Murni Alif Satar

Sumber: Alif Satar, Bharian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI