Sebelum tanam atau alihkan ke pasu kena tahu cara yang betul untuk melakukannya supaya anak pokok yang dibeli tak mati. Bukan boleh terus letak dalam pasu dan kambus dengan tanah ya.
Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoy yang kerap berkongsi tip penanaman di media sosial miliknya.
Tip mudah tanam pokok yang baru dibeli, tak kisahlah beli secara online ataupun offline. Atau nak pindahkan pokok ke bekas yang lebih besar.
1. Pastikan pokok dalam keadaan sihat, segar, daun tidak layu dan tidak dalam keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
2. Kalau beli pokok online, biasanya daun-daun akan ada yang layu. Dalam situasi ini tak boleh terus pindah bekas. Wajib dikuarantin dulu sampai daun-daun kembali fresh. Letak di tempat teduh untuk menghilangkan stres pokok.
3. Kalau dah cukup semua syarat di atas bolehlah tanam. Mula-mula sediakan medium/tanah yang gembur atau poros. Saya guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar.
4. Isi pasu dengan sedikit styrofoam (polisterin) tujuannya supaya akar dapat lebih banyak oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dari keluar ikut lubang pasu. Boleh ganti polisterin dengan batu-batu kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain-lain.
5. Isi sedikit media untuk tutup pecahan styrofoam. Tabur sedikit sahaja baja subur (saya guna Novatec Supreme) dan timbus lagi dengan media sampai separuh penuh pasu. Ikut keadaan saiz media pokok ya, agak-agak sendiri biar ngam dengan pasu.
6. Letak pokok betul-betul di tengah pasu. Kena hati-hati waktu buka polibeg atau cabut keluar dari pasu. Jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit-sikit ok).
7. Kambus lagi sampai tertutup semua media asal. Jangan sampai penuh pasu sangat ya, sisakan 2-3 inci.
8. Siram dan letak tempat teduh dulu sampai pokok betul-betul dah stabil, baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas. Kali pertama siram selepas letak dalam pasu siram sampai lencun kemudian jangan siram 2-3 hari. Bila media dah kering sangat baru siram macam biasa.
Selamat bercucuk tanam.
Mesti Baca: Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan
Baca Lagi Di Sini: Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Artikel Menarik: Rumah Saiz Kompak Nampak Luas & Selesa Dengan Konsep ‘Farmhouse’
Sumber: Pyan Sempoy