Almari atau kabinet dapur sangat membantu sebagai ruang storan yang praktikal terutamanya di ruang dapur.
Sekiranya anda ingin menambah almari kabinet dapur tanpa membeli perabot baru, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli di kedai perabot terpakai kerana harganya lebih murah. Malah, untuk melakukan transformasi pada almari tersebut juga sangat berpatutan.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Diera Abdullah, hanya dengan modal RM38, almari kabinetnya berubah wajah, tampak baru dan berseri. Untuk mengetahui lebih lanjut, inilah perkongsiannya.
Ya ampun harga pun murah, kalu beli baru ada dalam 2 3 kali ganda jugalah harganya. Kita bukan kedekut tapi minat dengan nilai hasil kerja kita sendiri. Kalau beli baru sudah terang lagi berusuluh memang suami tak bagi cat-cat macam ini. Mesti sayang nak bagi buat macam tu. Masa ditunggu sudah tiba. Suami pula tak ada 2-3 hari ini. Apa lagi terus on.
Jadi ini barang-barang yang dibeli untuk lakukan makeover almari kabinet.
NIPPON GLOSS PAINT (Hardware)RM23.00 -(BELI di sini)
Berus (Mr.Diy) Rm3.50 -(BELI di sini)
Berus lukisan (99 Speedmart) Rm2.50 -(BELI di sini)
Gold paint (Hardware) Rm9.00 (BELI di sini)
Total : RM38.00
Langkah demi langkah
1.Mula-mula sampai kat rumah lap bersih-bersih habuk dengan wipe tissue. Lap kering. Lap dengan minyak masak nipis-nipis.
2.Kemudian lap semula dengan tuala kering. Ini petua orang tua-tua dulu. Masa kecil-kecik tiap tahun nak raya kena bersihkan perabot dengan minyak. Buat masa sekarang almari ni dalam Condition 8/10. Kayu pun kualiti baik. Alhamdullilah rezeki.
3. Ini pilihan cat yang digunakan dan kemudian projek mengecat pun bermula. Jangan lupa lekatkan dengan plastik sampah/surat khabar mana-mana bahagian macam tile, cermin.
4. Selepas itu untuk cata bahagian pemegang pintu kabinet gunakan cat yang ini pula.
Akhirnya selepas 3 jam lakukan makeover, inilah hasilnya.
Bukan itu sahaja, kabinet dapur pun turut dilakukan tranformasi
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
Sumber : Diera Abdullah via Giler Deko & DRSS
Mesti Baca:Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.