Ha… Sekolah dah mula. Pening kepala pula nak simpan barang dan baju sekolah dalam tempat khas. Dah beli semua keperluan anak untuk ke sekolah? Ada yang dah beli lepas tu jadi pening nak letak kat mana kan. Nak beli Almari Untuk Simpan Baju duit dah surut sangat sebab dah beli kelengkapan sekolah, nak simpan untuk beli buku pulak naik nanti.
Apa kata kita buat sendiri je ikut kaedah yang telah dikongsikan oleh puan Naqibah Nukman Abdullah ni. Hanya guna rak beli kat tesco, giant atau mydin dan yang paling penting tak perlu perkakas dan kemahiran tinggi.
Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak .Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih.Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu. Setakat ni dah 2 tahun rak itu dibina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat.Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.
1. Rak dicat semula berwarna putih supaya Almari Untuk Simpan Baju nampak lebih cantik
2. Pemasangan rak
3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.
4. Besi penghubung beli di hardware. Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.
5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan).Beli di hardware.
Ads
6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.
7. Tadddaaaa…hasilnya..
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
Ads
1. Gunakan penyangkut pakaian yang sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
2. Pastikan semua pakaian digantung menghadap arah yang sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
3. Asingkan pakaian mengikut kod warna
Ads
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
4. Sediakan ruang untuk aksessori
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
6. Susun baju anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
7. Cipta satu sudut untuk capai dan gerak
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus serangga durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Ia amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanan lipan.
Badannya yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik perhatiannya.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz nya, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian serangga ini.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuatkannya tidak selesa lalu keluar dari rumah.
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau serangga ini. Selamat mencuba!
Pada minggu lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan berita baik buat pengguna internet seluruh tanah air dimana setiap pengguna pascabayar dan prabayar berpeluang menerima internet percuma 1GB bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula 1 April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Insentif yang diumumkan pihak kerajaan nampaknya hadir cara penebusan berbeza buat setiap syarikat telekomunikasi. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara menebus internet percuma 1GB daripada syarikat Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, ONEXOX dan Tune Talk.
Maxis
Buat para pengguna Maxis, anda boleh dapatkan internet percuma 1GB dengan memuat turun MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex atau Hotlink RED mengikut pelan dan pilih 1GB daily pass.
2. Celcom
Celcom ternyata hadir sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi yang tidak meletakkan sebarang syarat dimana pengguna Celcom boleh terus mengakses internet 1GB tanpa perlu mengaktifkannya.
3. Digi
Pengguna boleh mengaktifkan internet percuma ini dengan memuat turun MyDigi serta memilih pilihan internet percuma yang tersedia dalam aplikasi.
4. U Mobile
U Mobile menawarkan dua cara mengaktifkan internet percuma 1GB dengan mengikut pelan anda. Buat pengguna prabayar, anda boleh dail *118*6# kemudian pilih special offer. Pengguna pascabar perlu mendail *118*7# seterusnya memilih special offer.
5. ONEXOX
Pengguna OXEXOX boleh menebus internet percuma 1GB dengan memuat turun aplikasi ONEXOX Black atau dengan mendail *150#.
6. Tune Talk
Pengguna Tune Talk pula hanya perlu SMS STAYHOME ke talian 2222 untuk mengaktifkannya. Mudah bukan?
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda tidak kira pengguna prabayar mahupun pascabar dalam mengaktifkan internet percuma sempena musim PKP yang sedang berlangsung ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur seleaps amsak.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Sumber: https://www.facebook.com/yatieimra
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.