Mencuci rumah cukup memenatkan. Bila dah cuci tapi masih nampak kurang bersih lagi membuatkan rasa tertekan untuk memastikan rumah bersih dan selesa. Terutamanya cermin yang ada dalam rumah anda. Kalau dah lama tak lap pasti akan nampak kusam. Macam-macam cara dah guna untuk cuci permukaan cermin masih ada kesan kabur pada cermin tersebut. Kena pula cermin di dalam bilik air, lagi la susah nak hilang kesan air pada permukaan cermin tersebut.
Tip Cermin Berkilat
Campurkan ubat gigi dan sabun pencuci.
Larutkan, kemudian boleh mengilap cermin yang sudah pudar. Tengok hasilnya cukup mengujakan.
Tip Cuci Lantai
Ads
Lantai cepat kotor penat nak mop kerapkan. Cuba cara ni mudah dan semut pun tak datang.
Campurkan cuka kedalam air bersih. Larutkan dan terus mop lantai rumah anda.
Ads
Tip Kabinet Nampak Macam Baru
Kalau kabinet tu warna putih lagi la cepat nampak kusam, warna kekuningan pastinya akan mula menyerlah bila dah lama gunakan.
Mudah sahaja, campurkan alkohol dalam garam dan larutkan kemudian lap pada permukaan kabinet tersebut. Lihat hasilnya pasti tidak sangka warna putih kembali menyerlah dengan hanya sekalai lap.
Ads
Mudahkan kalau dah tahu cara dan tip untuk cuci rumah. Tak la lepas ni runsing lagi nak bersihkan rumah. Tunggu apa lagi jom cuba tip ni.
Sinki, mahal macam mana pun bila dah tiba masa ia akan mula kusam. Ia disebabkan tindak balas kimia yang membentuk permukaan seperti kapur. Permukaan sinki yang kusam ni, tak sesuai untuk disental kerana akan menyebabkan bahan tercalar. Ada cara paling mudah dan murah dengan hanya menggunakan bahan dapur
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
CARA-CARA:
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bekas simpanan makanan tak kiralah apa jua jenama, baik mahal mahupun murah anda akan hadapi masalah apabila nak cuci kesan minyak. Bukan susah, tapi ambil masa. Ada kalanya, kotoran dah tak kelihatan tapi masih rasa berminyak. Tapi Adikempler ada trik mudah untuk pastikan kesan minyak dalam bekas simpanan makanan bersih tanpa perlu sental dan sabun yang banyak. Perkongsian trik mencuci bekas makanan berminyak ni viral di TikTok dan ramai yang telah cuba.
Jom tonton video yang disediakan
Bekas simpan makanan ni kalau nak simpan memang makan ruang kalau tak pandai simpian. Tapi ada bekas simpanan yang bole kita lipat lepas guna untuk mudah disimpan. Tak mahal pun kalau beli dekat kedai online ni https://invol.co/cl13bau
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi umat Islam, perkataan pertama yang diajar oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah iqra bermaksud bacalah. Perintah Allah yang disampaikan menerusi malaikat kepada Rasulullah supaya membaca mengigatkan kita betapa pentingnya amalan membaca.
Raja Perancis, Napoleon Bonarparte yang menaiki takhta pada 1799 berkata “sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa-apa yang dibacanya akan dapat memerintah dunia”. Amalan membaca perlu dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia dan budaya itu tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau dibandar sahaja tetapi juga dikembangkan di luar bandar.
Jika anda suka membaca, tentunya bertambah himpunan buku dan masalah penyimpanan tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasi masalah lambakan buku di bilik tidur atau terpaksa disimpan di bawah anak tangga, IMPIANA hidangkan beberapa gaya rak buku yang boelh dijadikan pilihan untuk ruang dalam kediaman rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.