Amal 3 Petua Ni Kalau Nak Cermin, Kabinet Dan Lantai Kekal Bersih

Share

Mencuci rumah cukup memenatkan. Bila dah cuci tapi masih nampak kurang bersih lagi membuatkan rasa tertekan untuk memastikan rumah bersih dan selesa. Terutamanya cermin yang ada dalam rumah anda. Kalau dah lama tak lap pasti akan nampak kusam. Macam-macam cara dah guna untuk cuci permukaan cermin masih ada kesan kabur pada cermin tersebut. Kena pula cermin di dalam bilik air, lagi la susah nak hilang kesan air pada permukaan cermin tersebut.

Tip Cermin Berkilat

Campurkan ubat gigi dan sabun pencuci.

Larutkan, kemudian boleh mengilap cermin yang sudah pudar. Tengok hasilnya cukup mengujakan.

 

Tip Cuci Lantai 

Lantai cepat kotor penat nak mop kerapkan. Cuba cara ni mudah dan semut pun tak datang.

Campurkan cuka kedalam air bersih. Larutkan dan terus mop lantai rumah anda.

 

Tip Kabinet Nampak Macam Baru 

Kalau kabinet tu warna putih lagi la cepat nampak kusam, warna kekuningan pastinya akan mula menyerlah bila dah lama gunakan.

Mudah sahaja, campurkan alkohol dalam garam dan larutkan kemudian lap pada permukaan kabinet tersebut. Lihat hasilnya pasti tidak sangka warna putih kembali menyerlah dengan hanya sekalai lap.

Mudahkan kalau dah tahu cara dan tip untuk cuci rumah. Tak la lepas ni runsing lagi nak bersihkan rumah. Tunggu apa lagi jom cuba tip ni.

@user5821936263581 Petua Berguna di Rumah#fyp#tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Old Love – yuji

Baca artikel berikut: Takut Periuk ‘Non-Stick’ Tercalar Ketika Mencuci? Anda Harus Gunakan Span Pencuci Khas Ini 

Published by
Impiana