Tilam kebiasannya menjadi ‘benda wajib’ bagi sesebuah kediaman. Tak kiralah jenis King, Queen atau Single dan menggunakan pelbagai jenis material yang ada di pasaran. Ini kerana tilam yang empuk dapat membantu supaya tidur menjadi lebih lena.
Namun demikian, menjadi amalan tradisi turun temurun satu kampung apabila tidur ‘bertilamkan’ pasir pantai.
Keunikan sebuah kampung di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana penduduknya tidur di atas pasir dan bukannya tilam, lapor laman berita Detik semalam.
Amalan Turun Temurun
Penduduk Kampung Legung Timur tidur di atas pasir kerana ia sudah menjadi amalan turun-temurun.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman Instagram, kelihatan beberapa rumah yang mempunyai lantai seramik dan berdindingkan bata.
Namun, apa yang menarik adalah ketika netizen bernama Daeng itu memasuki bilik tidur, tiada katil atau tilam disediakan, sebaliknya ruang berisi pasir yang dibentuk menyerupai katil.
Ads
Bukan sekadar di dalam bilik, pasir yang banyak juga kelihatan di pekarangan rumah, di mana bantal dibiarkan di atas pasir untuk membolehkan penghuninya berehat.
“Bukan sekadar tempat tidur, pekarangan rumah juga dipenuhi pasir untuk penduduk duduk, baring dan bersembang,” kata hantaran tersebut.
Mengubati Penyakit
Sementara itu, portal berita Hops.id melaporkan, amalan tersebut dilakukan kerana penduduk kampung percaya pasir yang digunakan dapat membantu mengubati penyakit seperti gout, reumatik dan beberapa penyakit lain.
Ads
Pasir digunakan juga berasal dari Pantai Lombang yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.
Ads
Tradisi yang menjadi amalan dari zaman nenek moyang itu menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Masih ingat akan filem ‘Crazy Rich Asians’? Henry Golding yang menjadi kegilaan saat itu. Sebalik itu rumah yang menjadi pengambaran filem tersebut terletak di Country Heights, Damansara.
Bukan jalan cerita sahaja yang membuatkan penonton mengilai pelakon dalam filem ‘Crazy Rich Asians’. Tetapi lokasi pengambaran serta kemewahan kediaman yang penuh dengan nilai estetika yang cukup tinggi membuatkan ramai tertanya di manakah terletaknya lokasi rumah yang dipaparkan.
IMPIANA juga teruja melihat kediaman yang diberi nama Be-Landa ini yang membuka mata jauh dari sentuhan kediaman kebanyakan selama ini. Lokasi kediaman ini sudah cukup mengatakan rumah ini adalah sebuah rumah agam yang cukup eksklusif.
Binaan rumah di cerun 34 darjah yang dramatik menghadap hutan simpan, rumah Be-landa adalah latihan untuk “berkawan” dan bukannya “menakluki” rupa bumi. Titik permulaan adalah untuk menetapkan jumlah minimum tanah rata yang diperlukan untuk rumah itu berfungsi.
Arkitek dan kontraktor dalam menjayakan kediaman ini menarik garis untuk dinding penahan untuk memasukkan kawasan rata bagi meletakkan kenderaan, pintu masuk utama yang bersebelahan dengan ruang dapur pada aras yang sama
Keseluruhan ruang yang digabungkan menjadi tiga Pavilion dengan pelbagai hubungan dengan dinding datum; Pavilion 1 sepenuhnya “di atas tanah” di dalam kawasan tanah rata; Pavilion ke-2 terletak separuh di atas tanah, dan separuh tergantung di atas cerun di atas tiang; dan akhirnya Pavilion Ke-3 sepenuhnya berlegar di atas cerun pada pilotis yang diakses melalui jambatan kaca.
Bukan calang-calang arkitek yang berjaya merialisasikan kediaman Be-Landa ini.
Apabila masuk, terdapat unsur kejutan apabila rumah itu terbentang. Ruang Legar menampilkan pemandangan tinggi terus ke hutan simpan merentasi lembah, dibingkai oleh Pavilion ke-2 & ke-3.
Ruang tamu tepi kolam paling rendah digunakan sewaktu pengambaran tersebut di tempat di mana para wanita berkumpul untuk belajar Alkitab dan minum teh.
Secara keseluruhan di seluruh rumah, hubungan antara ruang dialami secara menegak dan bukan secara mendatar, dengan jumlah tujuh tangga mengikat ruang bersama. Walaupun berada di tingkat paling rendah di rumah, kawasan kolam mengekalkan rasa terapung karana berada di atas lapan meter di atas kontur yang tidak tersentuh di bawah, dengan pemandangan puncak pohon dan angin hutan yang lapang, platform untuk menikmati kawasan tropika yang terbaik.
Menarik bukan kediaman ini. Pastinya anda terngaga melihat sentuhan kediaman ini.
Anda ada air-cond di rumah anda? Mesti ada kan. Setiap rumah yang ada di Malaysia ini, kebanyakkannya ada air-cond di rumah mereka. Kadang-kadang bukan setakat 1 atau 2 tapi setiap bilik ada. Kalau ada 10 bilik, 10 bilik tu lah nak ada air-cond. Tapi mesti kita akan rasa rimas dan serabut kan bila tiba-tiba air-cond tu tak sejuk? Dah lah tengah musim panas waktu ini. Dari penyabar terus hilang sabar. Bila tengok remote control tu, dah sampai ke 16 darjah celcius dah tapi masih panas. Aduhaii. Tapi jangan risau, saya akan kongsikan kenapa air-cond di rumah anda boleh jadi tiba-tiba tidak sejuk.
Perkara pertama yang anda boleh jangka atau syak kenapa air-cond tiba-tiba tak sejuk, adalah sebab pemasangannya itu ada masalah dan tidak mengikut pemasangan standard. Unit luar terletak di lokasi yang menyusahkan. Tiada pergerakan udara yang mencukupi. Paip tembaga adalah saiz yang salah. Ini selalu berlaku apabila terdapat paip tembaga sedia ada di dinding. Tembaga sepatutnya untuk penghawa dingin 2hp, namun hanya penghawa dingin 1hp dipasang. Ini selalunya hasil daripada pemilik rumah membeli penghawa dingin tanpa berunding dengan pakar penyaman udara terlatih.
Kedua, adalah gas air-cond dah tak ada. Antara sebab kenapa gas air-cond tak ada adalah berkemungkinan ada kebocoran kerana gas air-cond ini sebenarnya tidak akan pernah habis. Jadi, kalau ada kekurangan gas, mesti ada kebocoran dan kebocoran itu mungkin boleh jadi sebab Nut tak ketat, Nut pecah semasa pemasangan, sambungan copper pipe pecah, servis valve rosak dan juga Evaporator/Condenser Coil bocor.
Ketiga, tidak cuci filter setiap bulan. Haa benda ni selalu jadi pada diri saya juga dan pada orang ramai. Filter ini, dia ada dalam air-cond. Kita hanya perlu buka penutup dihadapan itu sahaja, kita akan nampak filter tersebut. Bila bawa keluar, penuh berhabuk. Jadi apa perlu kita buat? Kita ambil dah basuh di tandas dengan air. Selepas dah basuh, keringkan dan letak semula di tempat asalnya. Boleh jamin, air-cond akan sejuk semula.
Jadi, itu lah sebab-sebab kenapa air-cond di rumah anda kadang-kadang jadi tidak sejuk. Maka, kita kenalah rajin dalam membuat setiap pemeriksaan terhadap air-cond kita atau anda boleh memanggil mana-mana pakar untuk periksa air-cond anda.
Salah satu aspek yang paling penting dalam kebun bandar adalah memastikan halaman rumah kelihatan cantik. Jadi rumput termaidani atau rumput karpet adalah penting dalam prosedur ini. Saya telah menyertakan kepakaran, penjagaan dan nasihat saya untuk menanam rumput di sekitar rumah anda di sini.
Pertama sekali ada pemilihan rumput. Ada banyak jenis rumput karpet yang terdapat sekarang ini. Antaranya, Rumput Karpet / Philippine Grass, Rumput Mutiara / Pearl Grass dan Rumput ‘lembu’ / Cow Grass yang di mana ianya lasak, perlu cahaya penuh, cepat tumbuh. Setelah memilih apa jenis rumput, kita perlulah tahu cara menjaganya.
Proses penanaman. Sebelum ini, apabila ingin mula menanam, ia tidak mengorek tanah dan menggantikannya dengan tanah baru. Hanya 2 inci tanah teratas dibersihkan, dan batu dikeluarkan dari permukaan. Adalah penting untuk mengeluarkan semua batu jika tidak rumput akan kelihatan selepas itu. Jika wang tidak menjadi masalah, keluarkan 6 inci teratas dan gantikan dengan tanah atas. Dalam keadaan ini, hanya mengeluarkan sebahagian daripada permukaan dan menambah pasir untuk meratakan rumput. Pertama, sembur dengan pembunuh rumpai. Tanam rumput selepas seminggu atau dua minggu. Seterusnya, pembajaan. Baja hanya digunakan dalam tempoh tiga bulan pertama. Pada mulanya, kita akan menggunakan Baja Organik Sarjani dan berselang seli dengan baja kimia pelepasan perlahan 15:15:15 + Mg + TE. Selepas itu, apabila ia telah mencapai keadaan mantap, tiada baja ditambah. Hanya sisa baja pokok lain.
Selesai sahaja penanaman dan pembajaan, kita akan lakukan proses pemotongan dan pengudaraan. Pemotongan ini, hanya perlu untuk menampakkan sahaja ia kemas dan cantik. Tetapi, ianya perlu dipotong sebulan sekali sahaja. Pengudaraan pula, perlu menggunakan Aerator. Ace Hardware The Curve menjual aerator (Yard Butler G-CORE Green Line Aerator). Apabila menyelesaikan kerja pengudaraan ini, pastikan anda tahu di mana paip dan wayar bawah permukaan berada.
Akhirnya, terdapat pengairan. Sistem pemercik dengan pemasa. Penyiraman terhad kepada 30 minit sekali seminggu (Jarang tetapi Dalam). Penyiraman tidak dilakukan semasa musim hujan, yang berlangsung dari Oktober hingga Mac. Tutup pemercik. Antara kelebihan penyiraman ‘Jarang tetapi Dalam’ ialah kurang air yang diperlukan, akar dirangsang untuk masuk lebih dalam ke dalam tanah, yang membolehkan rumput lebih tahan kemarau, tanah menjadi lebih kaya, dan perkembangan kulat dihalang.
Secara kesimpulannya, penanaman rumput karpet ini amatlah bagus jika anda mahu menampakkan rumput di rumah kelihatan cantik dan kemas berbanding dengan rumput asli dari tanah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.