Tilam kebiasannya menjadi ‘benda wajib’ bagi sesebuah kediaman. Tak kiralah jenis King, Queen atau Single dan menggunakan pelbagai jenis material yang ada di pasaran. Ini kerana tilam yang empuk dapat membantu supaya tidur menjadi lebih lena.
Namun demikian, menjadi amalan tradisi turun temurun satu kampung apabila tidur ‘bertilamkan’ pasir pantai.
Keunikan sebuah kampung di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana penduduknya tidur di atas pasir dan bukannya tilam, lapor laman berita Detik semalam.
Penduduk Kampung Legung Timur tidur di atas pasir kerana ia sudah menjadi amalan turun-temurun.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman Instagram, kelihatan beberapa rumah yang mempunyai lantai seramik dan berdindingkan bata.
Namun, apa yang menarik adalah ketika netizen bernama Daeng itu memasuki bilik tidur, tiada katil atau tilam disediakan, sebaliknya ruang berisi pasir yang dibentuk menyerupai katil.
Bukan sekadar di dalam bilik, pasir yang banyak juga kelihatan di pekarangan rumah, di mana bantal dibiarkan di atas pasir untuk membolehkan penghuninya berehat.
“Bukan sekadar tempat tidur, pekarangan rumah juga dipenuhi pasir untuk penduduk duduk, baring dan bersembang,” kata hantaran tersebut.
Sementara itu, portal berita Hops.id melaporkan, amalan tersebut dilakukan kerana penduduk kampung percaya pasir yang digunakan dapat membantu mengubati penyakit seperti gout, reumatik dan beberapa penyakit lain.
Pasir digunakan juga berasal dari Pantai Lombang yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.
Tradisi yang menjadi amalan dari zaman nenek moyang itu menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Mesti Baca:Walaupun Luaran Nampak Bersih, Sebenarnya Tilam Katil Anda Terselindung Dengan Habuk Hama Yang Banyak
Baca Lagi Di Sini:Tilam Lama Sudah Berpeta? Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Kotoran
Artikel Menarik:Step-By-Step “Deep Cleaning” Tilam Untuk Elak Anak Batuk Dan Selesema
IMPIANA: Memang unik sungguh budaya dan amalan tradisi penduduk kampung di Madura ini. Apa pun hormati budaya dan tradisi masyarakat lain.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.