Keselamatan ketika memasak di dapur, perlulah kita menjaga kerana pada waktu itu kita sedang menggunakan tong gas. Tong gas itu, jikalau kita salah gunanya, boleh mengakibatkan rumah meletup. Jadi, jika tidak mahu perkara itu berlaku, saya akan terangkan atau memberitahu apa langkah keselamatannya.
Pertama sekali, kena ingat untuk pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Selain itu, semasa mememgang alat memasak, alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi daripada tong gas supaya tiada apa-apa terjadi. Seterusnya, jangan sesekali anda menyimpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Ini kerana, ia boleh memberikan tekanan yang kuat dan boleh meletup jika tekanan itu terlampau kuat. Di samping itu, jika ada seperti terbau yang pelik dari tong gas, maka ketahuilah bahawa tong gas itu ada kebocoran dan diwajibkan jangan menggunakan apa-apa peralatan elektrik. Dan yang terakhir ini adalah langkah yang ramai orang tidak tahu, iaitu, Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Ads
Ads
Secara kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam menggunakan tong gas di rumah. Nampak sahaja seperti tiada apa yang boleh diganggu atau ia memberi kesan, tapi sebenarnya, ia dapat menghasilkan kecelekaan yang amat dahsyat dan mampu meragut nyawa orang lain. Renung-renungkanlah.
Menu ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat usia dan bangsa. Baru-baru ini, seorang jejaka yang dikenali dengan nama Yayar B. Awang Nohyang merupakan penjual nasi lemak terkenal berkongsi resepi ayam goreng sedap kalah Kepci. Perkongsian resepi tersebut turut viral. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara hasilkan ayam goreng viral Abang Yaya
Ayam goreng sudah pasti menu utama di gerai nasi lemak saya. Kebiasaanya saya akan gunakan tapung segera jenama PUAS. Namun, bagi mengurangkan kos beli tepung ayam goreng, saya buat sendiri bancuhan tepung ayam goreng tersebut.
Bahan-bahan:
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3sudu serbuk lada putih(sudu teh)
7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)
7sudu Ajinomoto (sudu makan)
7sudu garam(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di atas sehingga rata.
2. Apabila nak guna, campurkan tepung homeade dengan tepung segera
3. Cuci bersih ayam, masa ayam masih basah gaulkan bersama 1-2 biji telur (telur bergantung kepada kuantiti ayam)
4. Masukkan sedikit campuran tepung ayam tadi untuk memekatkan salutan ayam
5. Dalam bekas lain yang kering, letakkan tepung ayam campuran tadi untuk salut ayam
6. Ambil ayam yang dah di salut telur tadi dan salut dengan tepung goreng. Jangan terlalu nipis, jangan terlalu tebal.
7. Terus goreng dengan api sedarhana.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi penduduk kota, pemilihan tandas duduk sudah menjadi kebiasaan. Sekarang ini pun, jika di diperhatikan, kampung-kampung ramai lebih gemar memilih tandas duduk berbanding cangkung. Tandas duduk dianggap lebih bersih, selamat dan mudah diselenggara berbadning jenis cangkung. Tapi, adakah tandas duduk lebih sihat jika dibandingkan dengan jenis cangkung?
KAJIAN
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh jurnal igestive Diseases and Sciences, Dov Sikirov menilai bahawa penggunaan tandas duduk atau cangkung mempengaruhi kelancaran saat membuang air besar.
Ketika tubuh berdiri tegak, usu yang menjadi tempat simpanan sisa yang perlu di buang (najis) di tekan ke atas oleh otot puborectalis agar ia tidak keluar seblum tiba masanya. Jika menggunkan tandas duduk, otot puborectalis masih berada dalam posisi seperti masih berdiri. Hal ini menyebabkan kurang kotraksi atau erti kata lain, otot tersebut masih menyekat untuk mengeluarkan najis apabila tiba masanya. Ini bermakna, anda akan mengalami sedikit gangguan saat membuang tanpa anda sedari. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengambil masa yang lama dan tenaga lebih untuk selesai membuang.
KENAPA TANDAS CANGKUNG TERBAIK
Di dalam posisi cangkung, selsuruh otot puborectalis tidak bekerja, sehingga memudahkan proses pembuangan. Tambahan, posisi cangkung dapat membentuk sudut anorektal lebih sempurna. Sudut anorektal adalah sudut yang terbentuk di hujung atau ekor tulang belakang yang bertemu dengan usus utama. Jika mengunkan tandas duduk, dikhuatiri sudut ini tidak dapat terbentuk baik dan menghalang tinja atau najis dari keluar.
PENYELESAIAN
Jika kediaman anda memang sudah tersedia tandas duduk. Tidak bermakna anda perlu ubah suainya menjadi tandas cangkung. Gunakan bangku untuk mengangkat kaki sehingga dikedudukan 35 darjah untuk menyerupai posisi mencangkung. Dan elak posisi 90 darjah untuk mendapatkan kelancaran yang terbaik untuk mengeluarkan tinja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah kulat di kediaman bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Lebih-lebih lagi kediaman anda terletak di kawasan dengan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, peratusan untuk perabot anda diserang kulat adalah lebih tinggi!
Sekali pandang, kulat pada almari terlihat seperti habuk atau debu dan boleh dilap dengan mudah sahaja. Tetapi malangnya, selepas beberapa hari kulat tersebut akan muncul dan kembali menghantui hidup anda.
Melalui perkongsian di akaun Facebooknya, Bijen Mohd ada berkongsi trik dan petua mudah bagi menghapuskan masalah kulat ini. Mari kita semak.
DIY Dehumidifier
Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY pula.
Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya.
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silikadengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing.
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.
Saya beli sepaket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya.
Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula. Jimat belanja!
p/s : Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.