Musim-musim cuti, ramai yang tiada di kawasan perumahan kita. Lagi-lagi ada yang baru nak cuti raya kan. Masa ini lah penjahat, perompak semua nak buat kerja. Selalunya jenayah-jenayah waktu begini lah banyak kes pecah rumah berlaku. Orang cuti, perompak baru masuk kerja kan? Hahahaha. Jadi, untuk menjaminkan keselamatan rumah anda, mari saya kongsikan beberapa tip keselamatan sebelum anda meninggalkan rumah.
Pertama, untuk tidak memudahkan dipecah masuk rumah, pastikan pintu dan tingkap rumah kita ditutup dan dikunci sekali. Ini kerana kedua-dua laluan ini adalah laluan khas dan utama bagi mereka yang jahat ini. Kalau tak ada dua-dua laluan ini, macam mana nak pecah masuk kan? Hahahaha.
Seterusnya, demi menambahbaikan keselamatan atau memperketatkannya, pastikan anda ada rantai atau ibu kunci kemudian pasangkannya di bahagian tempat yang mudah untuk perompak ini masuk.
Di samping itu juga, kalau anda ada duit yang lebih, pasanglah alat penggera di rumah anda. Ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk mencegah perompak masuk ke kawasan kediaman anda.
Selain itu, jika anda seorang yang peramah dan baik hati, boleh meminta jiran sebelah anda untuk sentiasa memerhati kawasan rumah anda semasa anda tiada di rumah. Dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjaminkan keselamatan rumah, malah, menjaminkan silaturrahim sesama manusia.
Tambahan lagi, jika anda ada lampu yang terbuka dengan sendirinya pada waktu tertentu, pastikan anda ‘set’ kan pada pukul 6 petang sehingga 7 pagi. Ini juga boleh mencegah dari perompak tahu yang anda tiada di rumah disebabkan lampu terbuka di rumah anda.
Dan yang akhir sekali, maklumkan kepada polis atau pegawai yang bergerak di kawasan anda, bahawa anda tiada di rumah dari waktu pergi dan waktu balik. Asalkan ada seseorang yang sentiasa memerhati dan menjaga keselamatan rumah anda, sudah boleh melegakan hati kita yang hendak berjalan jauh dari rumah.
Jadi, secara kesimpulannya, janganlah kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya sekiranya anda ingin tinggalkan rumah. Kalau tidak, ia boleh menjejas segala harta benda yang ada di rumah anda. Fikir-fikirkanlah.
Sumber: Tenaga Jaya (https://www.tenagajaya.com/10-tips-keselamatan-sebelum-meninggalkan-rumah)