Periuk tekanan tinggi jenis automatik atau elektrik memang mudah untuk dikendalikan. Tapi, ramai juga yang lebih gemar memilih periuk tekanan tinggi jenis manual. Selamatkan ke penggunaan periuk tekanan tinggi jenis manual ni? Dr. Fatimah Salim berkongsi cara penggunaan selamat periuk tekanan manual yang juga boleh diguna pakai pada periuk tekanan tinggi automatik.
Adakah periuk tekanan ini selamat digunakan?
YA. Dengan syarat penutup periuk tekanan HANYA dibuka setelah api dipadamkan dan memastikan kesemua tekanan berlebihan telah habis keluar melalui pengatur tekanan (lid). Dalam bahasa mudah, tunggu lid berhenti mengeluarkan bunyi.
Selain daripada itu, sebelum menggunakan periuk tekanan ini, pastikan saluran tudung pengatur tekanan tidak tersumbat agar tekanan dan suhu berlebihan tidak terperangkap di dalam. Saluran ini biasa tersumbat dengan keladak atau bahan pepejal masakan. Saluran yang tersumbat ini boleh menyebabkan periuk tekanan MELETUP semasa digunakan. Maka, rajinkan menyungkil saluran ini dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Tips: Untuk periuk tekanan manual seperti di bawah, setelah lid mengeluarkan bunyi, perlahan api agar tenaga (punca haba) boleh dijimatkan memandangkan tekanan tidak akan meningkat lagi. Bunyi yang dikeluarkan pun tidaklah kuat.
Gambar: Periuk tekanan tinggi saya yang telah berbakti selama 10 tahun.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI