Kabinet dapur amat penting, sejauh mana pun yang anda inginkan untuk ruang dapur anda. Rekaan dapur seperti mana yang anda idamkan tetapi perkara ini anda perlu ambil tahu. Jangan sesekali pandang enteng atau remeh, dalam perkara ini. Apakah perkara tersebut? Ketinggian kabinet gantung di ruang dapur. Penting sangat kalau tersalah pasang, alamatnya selamanya akan berada di situ.
Lihat gambar di bawah untuk rujukan kabinet dapur yang betul, jangan tersalah langkah dan ikut rasa hati.
Gambar rujukan : https://desainrumahid.com/saiz-standard-kabinet-dapur.html
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Kreatif Rona Dan Cat Jadikan Kediaman Anda WOW!
Mengecat kediaman sudah pasti yang terpapar diminda keseluruhan dinding perlu di cat dengan rona yang sama. Apa kata anda cuba kretif dengan olahan cat pada sudut yang tertentu untuk dekorasi yang lebih menarik. Tambahan, kaedah ini berupaya menjadikan sesuatu sudut atau ruang yang diberi sentuhan berbeza lebih menonjol
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba
Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur
Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng
Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar
Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
5. Elak semut di dalam gula
Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam
Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur
Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
8. Mengelakkan kuali melekat
Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
9. Menghalau tikus
Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
10. Menghalau lalat
Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina Perpustakaan Di Rumah
Bagi umat Islam, perkataan pertama yang diajar oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah iqra bermaksud bacalah. Perintah Allah yang disampaikan menerusi malaikat kepada Rasulullah supaya membaca mengigatkan kita betapa pentingnya amalan membaca.
Raja Perancis, Napoleon Bonarparte yang menaiki takhta pada 1799 berkata “sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa-apa yang dibacanya akan dapat memerintah dunia”. Amalan membaca perlu dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia dan budaya itu tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau dibandar sahaja tetapi juga dikembangkan di luar bandar.
Jika anda suka membaca, tentunya bertambah himpunan buku dan masalah penyimpanan tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasi masalah lambakan buku di bilik tidur atau terpaksa disimpan di bawah anak tangga, IMPIANA hidangkan beberapa gaya rak buku yang boelh dijadikan pilihan untuk ruang dalam kediaman rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI