Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain
(Breyer, Fridley dan Cobeen,1999)
PENGGUNAAN
Kayu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:
-Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal ; rasuk, tiang, rangka bangunan, bumbung kayu, lantai, pintu.
-Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat, cerucuk, jambatan, jeti.
-Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perabot, para-para.
-Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca, tupang
Ads
-Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, jeti, landasan keretapi.
-Perusahaan berasaskan kayu seperti papan lapis, kayu lapis, papan serat.
KEKUATAN KAYU
Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban.
Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricihan, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api.
FAKTOR MEMPENGARUHI SIFAT KEKUATAN KAYU
Kandungan lembapan
Ketumpatan
Kecacatan
Rawatan pengawetan
Suhu
Masa
KECACATAN PADA KAYU
Semulajadi :
•Buku – bahagian dahan yang terdapat di dalam batang pokok kayu itu
•Hati – ia merupakan kawasan atau bahagian rosak yang terdapat pada pokok
•Gerigis – tumbesaran yang luar biasa seperti tombol kecil pada pokok akibat luka atau ransangan pada lapisan kambium
•Berongga – merupakan lubang yang terdapat di tengah-tengah balak kerana kayunya telah hilang atau reput dimakan oleh anai-anai
Ads
Serangga :
•Anai-anai – menyerang kayu yang tinggal berdekatan dengan tanah dan dalam keadaan lembab
•Serangga Pengorek Kayu – kumbang yang hidup di dalam batang kayu
•Cendawan Reput Lembab dan Kering – menyebabkan kayu menjadi reput
TUJUAN PENGAWETAN KAYU Rawatan awet terhadap kayu-kayu biasanya dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Rawatan ini penting kerana ia membantu mengekalkan ketahanan kayu dan memanjangkan usia terhadap rintangan cuaca ekstrem. Antara tujuannya ialah:
mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
melambatkan rebakan api ketika kebakaran
Ciri-ciri bahan pengawet :
Ads
Amat beracun terhadap kulat, cendawan, serangga perosak.
Boleh kekal dalam kayu dan tidak meruap atau tersejat keluar.
Terdiri daripada bahan yang mudah meresap serta menembusi ke dalam sel kayu.
Tidak toksik kepada manusia dan haiwan serta mudah digunakan.
Murah dan mudah didapati.
Jenis pengawet :
Pengawet asas air
Larut dalam air, tidak berbau dan mudah diaplikasikan
Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
Pengawet asas minyak
Pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak tersebut.
Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.
Teknik sapuan cat keatas permukaan kayu
Jika anda mempunyai struktur kayu di taman seperti gazebo, pergola, pagar kayu, dek kayu dan sebagainya anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali.
Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan kepada permukaan kayu anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pudina dan kesum antara tanaman yang mudah dibiakkan namun ramai gagal memastikan tanaman mereka terus hidup. Kedua-dua tanaman ini memerlukan habitat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Jadi, kebiasaanya untuk tanaman yang memerlukan kelembapan yang tinggi sesuai di biakkan menggunakan kaedah 3T (tanam, tinggal dan tuai) atau mudah kata hidroponik. Teknik ni juga sesuai buat yang tak ada masa nak menyiram pokok
Sebelum ni, IMPIANA pernah kongsikan cara pembiakkan daun kesum menggunakan teknik 3T ni, kali ni kita kongsikan pula teknik puan Raudzah Arippin menggunakan teknik yang sama untuk pudina
Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube.
Ini gambar-gambar terbaru. Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.
Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar. 3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan. 5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cat dinding pada bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakkan. Ianya seperti warna menjadi pudar dan rekahan cat terkupas kerana terdedah dengan panas matahari dan air hujan. Malah, perubahan iklim yang tidak menentu juga menyebabkan dinding luar rumah anda ditumbuhi oleh kulat kerana suhu yang basah dan lembab.
Oleh kerana itu, dinding luar rumah anda perlu dirawat dan di cat mengunakan cara yang betul.
1. Bersihkan Dinding Terlebih Dahulu
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Jika tidak dibersihkan, kotoran yang terdapat pada dinding dapat membuat cat mengelupas dan tertanggal apabila ia kering.
Jika dinding anda dipenuhi dengan lumut, anda tembak sahaja air paip dengan semburan yang maksima sehingga lumut-lumut itu tertanggal.
2. Gunakan Cat Khusus Untuk Kegunaan Luar
Cat khas untuk outdoor biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama untuk melindungi dinding dari perubahan iklim. Salah satu ciri cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulannya seperti weather proof atau weather resistance.
Selain itu, kandungan cat ini juga boleh mencegah timbulnya lumut dan kulat akibat rembesan air hujan. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa kerosakan dan mengelupas selama hampir empat tahun.
3. Pastikan Kesesuaian Cat dengan Dinding
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal dibandingkan cat dinding batu atau kayu agar lapisan simen di bawahnya tidak terlihat.
4. Pilih Warna-Warna yang Cerah
Pemilihan warna juga penting. Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit dibandingkan cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sedikit dibandingkan bila anda menggunakan warna pekat. Beberapa warna yang disarankan adalah kuning, hijau muda atau warna putih.
5. Lakukan Kerja Mengecat Ketika Cuaca Tidak Mendung
Pemilihan waktu pengecatan juga penting. Mengecat rumah di saat cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat. Bila mengecat di saat musim hujan maka lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air.
Perhatikan juga kondisi dinding rumah sebelum mulai dicat. Dinding yang memiliki permukaan lembab atau basah boleh membuat cat tidak terserap dengan sempurna.
6. Gunakan Teknik yang Betul
Teknik pengecatan pun harus diperhatikan kerana bila salah akan membuat permukaan tembok tidak halus. Oleh itu, sebaiknya mula sapu dahulu bahagian yang sukar seperti sudut dinding dan bahagian yang dekat dengan atap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.
Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak? Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.
Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.
Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.