Bagi anda pengguna setia pencuci kain jenama TOP, sudah pasti mengenali dengan kesemua jenis pilihan pencuci yang ada mengikut warna botol yang dijual di pasaran.
Jadi, mari kita lihat fungsi dan kelebihan setiap jenis pencuci kain jenama TOP yang diklasifikasi mengikut warna botol masing-masing.
1.Warna Biru Gelap (Stain Buster)
Untuk pencuci kain TOP yang botol berwarna biru, ia memiliki kelebihan dan keistimewaan untuk mencuci kotoran degil pada baju sehingga bersih. Maka, keupayaannya untuk mencuci kotoran degil secara berkesan telah diklasifikasikan sebagai ’Stain Buster’.
2.Warna Merah (Brilliant Clean)
Bagi jenis pencuci kain TOP yang botolnya berwarna merah pula, ia dilengkapi dengan fungsi ‘Brilliant Clean’ yang amat sesuai untuk mencuci pakaian berwarna putih seperti pakaian sekolah anak-anak anda.
3.Warna Kuning (Odour Buster)
Ads
Untuk jenis botol yang berwarna kuning ini pula, ia mempunyai keistimewaan dan kelebihan bagi menghilangkan bau hapak pada pakaian anda. Oleh itu, jenis pencuci kain ini amat sesuai digunakan bagi anda yang tinggal di apartment dan sering menjemur kain dalam rumah (indoor).
4.Warna Ungu (Colour Protect)
Pencuci kain jenama TOP yang jenis ini pula ia direka khas bagi memberikan perlindungan kepada warna fabrik pakaian anda supaya tidak mudah luntur dan pudar. Jadi dengan menggunakan pencuci kain jenis ini anda tidak lagi perlu berasa bimbang sekiranya baju kesayangan anda rosak atau tidak tahan lama.
5.Warna Merah Jambu (Blooming Pleasures)
Ads
Bagi anda yang sentiasa mahukan fabrik pakaian berbau wangi dan segar, maka pencuci kain jenis ‘Blooming Pleasures’ ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Ia juga direka khas untuk mengekalkan bau harum dan segar pada fabrik pakaian anda sehingga 30 hari lamanya dengan hanya sekali cucian. Menarik bukan?
6.Warna Biru Terang (Gentle Care)
Pencuci kain TOP jenis ‘Gentle Care’ pula ia direka khas bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif dan alahan dengan pencuci kain. Dengan ujian dermatologi dan alahan yang telah dibuat terbukti pencuci kain jenis ini mempunyai nilai kadar pH yang seimbang dan selamat untuk kulit anda.
7.Warna Maroon (Silky Miracle)
Ads
Bagi jenis ‘Silky Miracle’ pula antara yang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana ia berupaya memberikan kelembutan pada fabrik pakaian anda di samping dengan keharuman bau segar bunga-bungaan. Bak kata orang 2 in 1, mesti lah ramai yang suka kan?
8.Warna Hijau (Smart Clean)
Untuk jenis ini pula ia amat sesuai bagi anda yang menggunakan mesin basuh jenis ‘Front Load’ kerana ia dipercayai boleh memberikan pencucian yang lebih efektik kepada fabrik pakaian anda.
Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap ruang dalam kediaman sudah semestinya mempunyai susun atur yang tersendiri, di mana terdapat ruang tamu, ruang bilik tidur, ruang keluarga, mahu pun ruang dapur. Ia dibahagikan mengikut kesesuaian kediaman tersebut, supaya kelihatan lebih kemas dan mudah diakses oleh seisi keluarga.
Setiap ruangan akan mempunyai susun atur atau dekorasi yang tersendiri, di mana perabot, atau perkakas akan diletakkan pada satu-satu sudut tertentu. Ianya tidak terkecuali juga, bagi ruangan dapur, yang akan sentiasa digunakan, sama ada sewaktu menyediakan hidangan, atau mungkin hanya untuk mendapatkan sesuatu makanan.
Tetapi, kebanyakan dari anda, khususnya kaum ibu dan wanita, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dalam memastikan susun atur di dapur tampak lebih praktikal, atau mudah untuk diakses. Lebih-lebih lagi, jika mempunyai banyak barang dapur yang perlu disusun. Adakah caranya supaya dapur lebih kemas dan tersusun? Ya, sudah tentu ada. Jom ikuti 7 tips cara mengemas dapur ini.
7 Tips Kemas Ruang Dapur
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli. Sebelum pergi shopping barang dapur, anda perlu buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.
3. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.
4. Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Jangan simpan stok makanan anda terlalu banyak sehingga ruang penyimpanan penuh.
7. Limitkan penggunaan dapur. Nak dapur cantik kekal bersih, tapi malas untuk mengemas! Jadi langkah terakhir yang boleh anda ambil adalah limitkan penggunaan dapur. Barulah dapur kelihatan seperti ‘showroom’.
Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Tip yang dikongsikan mungkin akan membantu anda dalam mengemas, atau menyusun atur ruangan dapur anda dengan lebih sistematik. Bagi yang baharu mengubah suai dapur, atau berpindah rumah, boleh rujuk tip ini untuk menampakkan ruangan dapur anda lebih tersusun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak dua tiga hari ni bising di sosial media mengenai set pinggan mangkuk antik tahun 90-an kini bernilai RM24,000. Huru hara dibuatnya kakak-kakak, makcik-makcik yang ada koleksi ini, semua dikeluarkan hendak menjual koleksi antik mereka ini.
Tular di laman Facebook mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah sehingga RM 24,000!
Terbaharu, pemilik akaun Facebook bernama Hazwani, tidak menyangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an yang dibeli dengan harga RM 200 itu kini sangat tinggi nilainya.
Hazwani yang merupakan pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, beliau terkejut selepas melihat harga di aplikasi e-Bay dan Lazada yang mencecah antara RM5,000 hingga RM24,000.
Sumber berita ini tular membuatkan peminat koleksi pinggan antik ini tersenyum lebar melihat koleksi mereka. Tetapi saya percaya masih ada yang enggan menjualnya kerana mungkin set koleksi tersebut adalah set turun temurun daripada ibu mereka.
Apa kata anda? Nak jual ke tidak.
Sumber: LAZADA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama serta usaha memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rangkaian produk mereka. Skim ini menyediakan penyelesaian mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti yang boleh dipercayai dan bergaya di samping rakyat Malaysia masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.
Skim sewa milik tersebut kini ditawarkan kepada penduduk di Lembah Klang dan akan meliputi kawasan lain di Malaysia pada masa hadapan. Justeru itu membolehkan pelanggan membayar secara ansuran untuk produk idaman mereka menerusi pelan ansuran dan mereka dapat pemilikan penuh selepas habis pembayaran ansuran. KHIND sedar bahawa langkah memudahkan proses pembayaran menerusi ansuran akan membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup mereka dengan menjadikan rangkaian produk mereka lebih mampu dimiliki. Sesungguhnya KHIND berpegang pada etos untuk membolehkan pelanggan ‘Experience More’ dan skim sewa milik ini membolehkan mereka berbuat demikian dengan cara yang tidak membebankan kewangan mereka.
“Usaha ini ternyata menandakan mercu jaya penting bagi kami di KHIND, dengan menawarkan rangkaian produk kami secara mampu milik oleh rakyat Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk memudahkan segalanya bagi pengguna produk KHIND, yang menjadi tumpuan segala yang kami lakukan. Kami ingin memberikan nilai terbaik untuk wang kepada pelanggan kami, tanpa menjejaskan kualiti, sambil mengikuti trend semasa. Dalam hal ini, kami berbangga dengan kisah kejayaan kami sebagai sebuah syarikat Malaysia, yang memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia sejak turun-temurun,” kata En. Adil Jimmy Mistry, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHIND Holdings Berhad.
Salah satu produk yang paling mendapat sambutan ialah mesin basuh dan pengering KHIND, yang menjanjikan pengalaman mencuci baju yang menyenangkan dengan pelan ansuran sewa milik selama 36 bulan (RM 99 sebulan), 24 bulan (RM 139 sebulan) dan 12 bulan (RM 259 sebulan), termasuk penghantaran percuma, pemasangan dan tempoh percubaan 30 hari. Selepas tempoh pembayaran ansuran dipilih, pelanggan akan memiliki mesin basuh tersebut sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran tambahan.
Apa yang lebih menarik lagi ialah pelanggan yang mendaftar untuk pelan 36 bulan sebelum 30 Jun 2022 hanya perlu membayar RM 1 untuk bulan pertama, dengan bayaran ansuran bulanan RM99 diteruskan mulai bulan kedua.
Untuk memastikan mesin beroperasi dengan kecekapan optimum, KHIND juga menawarkan pelan penjagaan tahunan percuma (bernilai RM 400 setiap servis) sepanjang tempoh pembayaran, tanpa mengira pelan yang dipilih. Perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang kos tambahan, termasuk pengarasan, pembersihan dan pembasmian kuman (tumbler) mesin, dan pembersihan pelbagai komponen termasuk injap salur masuk, penapis pam saliran keluar dan laci sabun pencuci.
Apa yang anda tunggu lagi? Lengkapkan kediaman anda dengan perkakas rumah bergaya dan bermutu tinggi hari ini menerusi skim sewa milik KHIND. Tawaran hebat seperti ini memang jarang ditemui, semestinya menjadi rebutan dan dapat dimanfaatkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khind.com.my/R2O atau WhatsApp +6018 223 3389.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.