Bagi anda pengguna setia pencuci kain jenama TOP, sudah pasti mengenali dengan kesemua jenis pilihan pencuci yang ada mengikut warna botol yang dijual di pasaran.
Jadi, mari kita lihat fungsi dan kelebihan setiap jenis pencuci kain jenama TOP yang diklasifikasi mengikut warna botol masing-masing.
1.Warna Biru Gelap (Stain Buster)
Untuk pencuci kain TOP yang botol berwarna biru, ia memiliki kelebihan dan keistimewaan untuk mencuci kotoran degil pada baju sehingga bersih. Maka, keupayaannya untuk mencuci kotoran degil secara berkesan telah diklasifikasikan sebagai ’Stain Buster’.
2.Warna Merah (Brilliant Clean)
Bagi jenis pencuci kain TOP yang botolnya berwarna merah pula, ia dilengkapi dengan fungsi ‘Brilliant Clean’ yang amat sesuai untuk mencuci pakaian berwarna putih seperti pakaian sekolah anak-anak anda.
3.Warna Kuning (Odour Buster)
Untuk jenis botol yang berwarna kuning ini pula, ia mempunyai keistimewaan dan kelebihan bagi menghilangkan bau hapak pada pakaian anda. Oleh itu, jenis pencuci kain ini amat sesuai digunakan bagi anda yang tinggal di apartment dan sering menjemur kain dalam rumah (indoor).
4.Warna Ungu (Colour Protect)
Pencuci kain jenama TOP yang jenis ini pula ia direka khas bagi memberikan perlindungan kepada warna fabrik pakaian anda supaya tidak mudah luntur dan pudar. Jadi dengan menggunakan pencuci kain jenis ini anda tidak lagi perlu berasa bimbang sekiranya baju kesayangan anda rosak atau tidak tahan lama.
5.Warna Merah Jambu (Blooming Pleasures)
Bagi anda yang sentiasa mahukan fabrik pakaian berbau wangi dan segar, maka pencuci kain jenis ‘Blooming Pleasures’ ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Ia juga direka khas untuk mengekalkan bau harum dan segar pada fabrik pakaian anda sehingga 30 hari lamanya dengan hanya sekali cucian. Menarik bukan?
6.Warna Biru Terang (Gentle Care)
Pencuci kain TOP jenis ‘Gentle Care’ pula ia direka khas bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif dan alahan dengan pencuci kain. Dengan ujian dermatologi dan alahan yang telah dibuat terbukti pencuci kain jenis ini mempunyai nilai kadar pH yang seimbang dan selamat untuk kulit anda.
7.Warna Maroon (Silky Miracle)
Bagi jenis ‘Silky Miracle’ pula antara yang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana ia berupaya memberikan kelembutan pada fabrik pakaian anda di samping dengan keharuman bau segar bunga-bungaan. Bak kata orang 2 in 1, mesti lah ramai yang suka kan?
8.Warna Hijau (Smart Clean)
Untuk jenis ini pula ia amat sesuai bagi anda yang menggunakan mesin basuh jenis ‘Front Load’ kerana ia dipercayai boleh memberikan pencucian yang lebih efektik kepada fabrik pakaian anda.
Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental