Pecah masuk rumah orang, meragut di depan rumah, dan penderaan anak. Ini semua adalah jenayah-jenayah yang kerap berlaku di Malaysia sekarang ini. Tetapi, yang lagi menyedihkannya adalah, bila semua perkara itu direpotkan kepada pihak polis, kita tiada bukti kukuh untuk menunjukkan bahawa kita mangsa kepada jenayah. Jadi, disebabkan itulah, setiap rumah digalakkan untuk memasang cctv sebagai keselamatan rumah kita. Jadi, sini saya berkongsi sedikit apa sebab-sebab yang menyebabkan untuk memasang cctv.
Motif yang pertama untuk kita semua memasang cctv di rumah adalah, dapat menangkap penjenayah sedang melakukan kerjanya. Dengan adanya rakaman cctv, kita dapat merakan, jikalau ada penjenayah yang cuba untuk membuat perkara yang tidak baik terhadap rumah kita. Contohlah, kita sedang bersenang-senang baring di rumah kemudian kita dapat notifikasi yang ada orang di depan rumah kita. Rupanya penjenayah. Jadi, kita dah boleh buat persiapan awal untuk melaporkan kepada polis dan mengambil barang untuk melindungi diri kita. Yang kedua pula adalah, mampu memantau rumah anda ketika anda sedang bekerja jauh dari negara. Kadang-kadang ada orang dia risau hendak tinggalkan rumahnya. Jadi cara lain adalah memasang cctv. Kalau dah ada cctv, boleh sentiasa memerhati rumah kita dalam keadaan baik atau tidak. Selain itu, memasang cctv dapat membuatkan seseorang itu berasa tenang dan rileks. Sistem cctv di dalam rumah sangat menjimatkan kos, terutamanya apabila tiada sesiapa yang melindungi orang yang anda sayangi. Terdapat alternatif untuk sebarang belanjawan, daripada berwayar kepada tanpa berwayar, dipantau kepada tidak dipantau. Dan yang terakhir adalah, dapat mengurangkan kos insuran. Bergantung pada perlindungan insurans anda, memasang sistem cctv di rumah anda boleh menyebabkan harga kontrak dan premium lebih murah. Anda meningkatkan keselamatan harta anda dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anda. Anda mungkin boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang dengan membuat pelaburan awal dalam keselamatan rumah anda. Semak dengan syarikat insurans anda untuk melihat sama ada memasang sistem cctv akan menjimatkan wang anda.
Secara kesimpulannya, memasang cctv adalah satu perkara yang bagus dan bernas kerana ia boleh menjaminkan keselamatan kita. Tambahan lagi, tanpa cctv, mungkin kita tidak dapat membela diri.
Sumber: OSD Network Security (https://www.osd2u.com.my/ms/kamera-cctv/6-sebab-mengapa-anda-perlu-memasang-cctv-di-rumah-anda/)