Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu. Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal? Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau. Kini, saya akan menunjukkan satu cara untuk cuci yang mampu membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Ads
Cara yang akan saya terangkan ini adalah cara cuci yang dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka. Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan. Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di keseluruan sarung bantal.
Ads
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Ads
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Roti antara menu mudah, cepat dan enak. Tapi, masa ada stok roti tak terhabis pula. Masa tak ada, tekak asyik rasa nak makan roti. Siapa pernah alami situasi ni? Kalau ada stok roti yang dah nak luput tu, cara mudah dan cepat nak habiskan adalah hasilkan sesuatu juadah berasaskan roti seperti puding roti, pizza roti dan sebagainya. DI sini IMPIANA kongsikan 5 video resepi juadah yang menggunakan roti untuk inspirasi anda.
Karipap menggunakan Roti dan Inti Carbonara Sedap Tak Terkata-Buat Orang Lapar
Puding Roti Sos Kastard | Bread Pudding with Custard Sauce [Classical Music]
Pizza roti tanpa uli dan oven-Limau nipis
Cucur Roti Rangup Di Luar Lembut Di Dalam-Malina Lina Pg
Cara buat Aiskrim Goreng Paling Senang
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.
Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.
Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?
Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.
Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.
Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top dan terbaik!
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Balkoni, Sering Diabaikan Pemilik Yang Kadang Kala Rasa Tiada Fungsi. Balkoni, Ruang Kecil Yang Diabaikan Pemilik. Kediaman bertingkat sememangnya bertuah mempunyai balkoni . Apatah lagi yang berhadapannya itu pemandangan indah baik kota metropolitan, gunung ganang, lebuh raya atau apa sahaja. Ruangnya juga pelbagai. Ada yang sederhana besar ada juga yang cukup seadanya dan ada juga yang bertuah mempunyai balkoni besar yang cukup selesa.
Sayangnya fungsi ruang ini sudah kian mati. Dari tempat mengambil angin, menyendiri atau bercucuk tanam mahu pun kenyit-kenyit mata dengan anak dara blok hadapan, ruang ini lebih dilihat menjadi stor tempat kita meletakkan segala benda buruk untuk tontonan umum. Mungkin bukan semua pemilik balkoni begitu tetapi ada yang kurang pintar memanfaatkan ruang ini.
Menjemur kain? Itu tidak hairan kerana desakan ruang yang ada namun boleh kita serikan ruang itu dengan pelbagai usaha. Daripada gantungan pokok-pokok berbunga, orkid misalnya ke pokok daun hiasan yang hisar segar. Tidak perlu rimbunan yang keterlaluan.Ada juga yang menyatakan balkoni sekadar sisa ruang yang tidak perlu diberi tumpuan kerana jarang sekali ke sana. Sudahnya ruang tambahan ini dilupakan.
Jika mempunyai anak kecil atau kucing, ditambah jaring sebagai langkah keselamatan. Pokok -pokok renek disusun sepanjang balkoni. Lantainya juga dialas sama ada ambal atau kemasan kayu mudah pasang untuk taman. Serikan dengan kerincing angin, bantal-bantal kecil untuk anda sendiri bersantai, mengambil angin petang atau membaca. Kita adakalanya tertekan menetap di ruang kecil namun jangan kita rosakkan pula ruang santai yang disediakan khas untuk kita.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.