Perunding hartanah? Broker? Ada beza ke? Ya sudah semestinya ada perbezaan antara kedua-duanya walaupun berada dalam bidang yang sama. Kita kenal pasti dulu dengan siapa kita deal sebelum membuat sebarang pembayaran (booking/deposit) atau urusan yang selanjutnya.

Kita boleh selidik mereka sama ada sebelum atau semasa proses ‘viewing’ hartanah yang kita minat itu. Jadi, apa beza perunding hartanah dan broker?

Perunding Hartanah

Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) adalah individu yang memiliki kebenaran daripada pihak Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) yang terbabit dalam urusan jual beli hartanah. LPPEH merupakan badan yang sentiasa memantau tingkah laku semua REN yang berada di luar sana.

Maknanya di sini REN ini terikat di bawah satu badan berwajib dan akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kesalahan berpandukan akta yang ditetapkan, at the same time kerja yang dilakukan mereka akan lebih jujur dan telus. Ketahui dengan lebih lanjut beza perunding hartanah dan broker.

Perunding Hartanah (REN) adalah mereka yang menawarkan perkhidmatan, kemahiran dan rundingan hartanah secara profesional. Antara skop kerja REN ini adalah menasihatkan pemilik hartanah untuk menjualkan hartanah mereka mengikut market price, memastikan hartanah dalam keadaan baik, dan berpatutan dengan harga pasaran yang ingin dijual.

IKLAN

Lepastu, REN ni akan pasarkan hartanah berkenaan secara online mahupun offline. REN ni juga yang akan membawa buyer viewing hartanah yang ingin dibeli atau dijual, dalam pada masa yang sama memastikan kelayakan pembeli hartanah.

Mereka mestilah individu yang bersih daripada rekod CCRIS atau blacklist. Bila mana kedua-dua pihak capai sepakat dan bersetuju dalam penjualan hartanah, REN perlu sediakan dokumen yang berkaitan dan recommend bank dan peguam untuk melengkapkan urusan jual beli hartanah tersebut sehingga S&P (Sale and Purchase Agreement) ditandatangani kedua-dua pihak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas LO (Letter Offer) ditandatangani.

Antara cara nak tahu latar belakang REN ni adalah melalui Kad Nama, Nama Syarikat, Alamat Pejabat, Nombor Telefon Pejabat, Email atau Laman Web, rangkaian kawasan yang dijaga, berapa lama pengalaman REN itu sendiri dan seumpamanya. Dengan maklumat sedia ada, kita boleh tahu sama ada Ejen dan syarikatnya itu berdaftar atau tidak dengan LPPEH.

IKLAN

Sebagai langkah berjaga, kita perlu kenal pasti dengan siapa kita berurusan. Adakah dengan orang yang betul-betul layak dalam bidang Jual Beli Hartanah? Sebelum nasi menjadi bubur kita mestilah kena amik initiative kurangkan risiko kan.

Broker Haram

Broker Hartanah adalah individu yang tidak dilindungi atau terikat dengan mana-mana badan berwajib. Selain itu, tidak berdaftar dengan mana-mana syarikat atau syarikatnya tidak berdaftar dengan LPPEH. Ini akan memberi risiko kepada diri sendiri kerana berurusan dengan idividu yang tidak terikat dengan mana-mana badan berwajib, maka tindakannya boleh diragui.

IKLAN

Antara risiko yang bakal dihadapi ialah penipuan dalam urusan pembelian hartanah. Misalnya, bayaran booking dah buat kepada broker atas sebab serius ni nak beli hartanah tersebut. Bila mana esok call balik nak follow up update status pembelian kat broker, nak call tak dapat, WhatsApp dah kena block , message tak balas, senang kata hilang dari radar lah. So apa lagi kita nak buat? Sah sah silap kita sendiri.

Lagi satu broker ni takde ‘standard‘ atau SOP yang diamalkan dan sebabtu broker berani ambil bayaran tanpa had (sukahati dia nak letak berapa) daripada kedua-dua pihak pembeli dan penjual hartanah. Oleh itu, elakkan diri tu daripada menjadi mangsa broker sebaliknya berurusan dengan Perunding Hartanah (REN) Berdaftar. Itulah antara perbezaan antara seorang Perunding Hartanah(REN) dan Broker.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan sebarang risiko penipuan dalam jual beli hartanah, lantiklah perunding hartanah yang berdaftar dengan LPPEH. Jangan sesekali berurusan dengan broker haram.

Masyarakat seharusnya menambahkan pengetahuan dan perlu berfikir dengan lebih bijak bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan yang seterusnya. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI