
Kini, sudah menjadi satu kemestian dalam kediaman memiliki ruang solat yang sempurna. Mushola di dalam rumah dapat menjadi salah satu indikator sebuah rumah dapat dikatakan Islami. Ia bukan merupakan syarat mutlak, maka tidak semua masyarakat muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya. Untuk itu penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apa saja faktor yang mempengaruhi seorang muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya.
IMPIANA ingin kongsikan ciri ruang solat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang mengidamkan ruang solat. Ruang solat atau surau mini ini berada di dalam butik mewah Bawal Exclusive, jika ada yang menjejakkan kaki ke butik Bawal Exclusive ini apa kata singgah untuk solat di ruang yang cukup selesa dan secara tidak langsung anda akan berasa berada di salah satu masjid di Kota Mekah.
Setiap perincian dan sentuhan yang diberikan oleh Pengarah Design Seni Bina Dalaman dari Aqi Studio Sdn Bhd, Muhamad Baihaqi Abdul Rashid, cukup mencuri perhatian ramai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Berjaya DIY Bakul Mainan Anak Dengan Kos Kurang RM50!

Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bersempena Sambutan Perayaan Krismas Tahun Ini, foodpanda Ambil Langkah Inisiatif Tawaran Diskaun Sebanyak 40% Kepada Pengguna

Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sepanjang tahun bagi mendapatkan tawaran hebat sempena perayaan Krismas kini telah pun menjelang tiba.
Platform aplikasi penghantar makanan terkemuka tanah air, foodpanda ini telah bersedia untuk ‘Menyebarkan Keriangan Seperti Panda’ dan meraikan musim perayaan dengan pelbagai tawaran menarik bersama foodpanda yang pasti akan seribu kegembiraan kepada penggunanya sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das ketika mengulas mengenai tawaran foodpanda pada musim Krismas kali ini berkata, “Falsafah ‘Hidup Gaya Panda’ berteraskan kepada bagaimana pengguna kami boleh membuat persiapan Krismas dengan tenang, kerana foodpanda akan memenuhi segala keperluan perayaan anda.
“Sama ada pengguna memerlukan hidangan yang lengkap, bahan masakan, mahupun barangan perhiasan rumah, foodpanda berhasrat untuk membolehkan anda menikmati musim perayaan ini tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak membeli-belah untuk Krismas.
“Kami dan rakan-rakan kongsi kami sememangnya berasa sangat gembira kerana dapat membawakan pelbagai pilihan yang menarik untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Bagi mereka yang meraikan sambutan perayaan Krismas, makanan adalah sama pentingnya dengan pengalaman saling bertukar hadiah.
Tahun ini, daripada bersusah payah memasak di dapur, nikmati kemudahan foodpanda dan luangkan lebih banyak masa berharga dengan orang yang tersayang dengan memilih vendor dine-in foodpanda, yang menyediakan pelbagai pilihan hebat untuk sebarang majlis sambutan perayaan. Antaranya:
· The Bee
Sambutan perayaan tahun ini pasti bertambah meriah dengan hidangan makanan bertemakan Krismas! Sempena musim perayaan ini, foodpanda ingin Menyebarkan Kegembiraan Seperti Panda, dan menghadiahkan pengguna dengan potongan sebanyak 40% bagi pesanan minimum RM25.00. Untuk menebus diskaun tersebut, gunakan kod: PESTAPANDA.
Selain itu, foodpanda juga sentiasa mahu memastikan ada sesuatu yang menarik untuk dimiliki oleh setiap orang khusunya buat si kecil yang berada di rumah, apa kata kalau kita menghadiahkan mereka keajaiban Krismas dengan kelengkapan set mainan jenama LEGO Malaysia? Bawakan kegembiraan dan keriangan ke dalam musim perayaan ini, dan benarkan mereka bermain dan belajar pada masa yang sama.
- LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy kini boleh didapati di pandamart untuk hanya RM 49.90.
- Nikmati diskaun sehingga 15%
- Pembelian set LEGO akan melayakkan anda menerima hadiah percuma
- Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi LEGO Flower Bouquet Set bernilai RM 269.90
- Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tip Bagaimana Untuk Memilih Sofa Ruang Tamu Yang Betul
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung

Tanaman sayur dalam pasu adalah idea bijak bagi anda yang mempunyai ruang terhad tidak kira di anjung, balkoni, dalam rumah dan sebagainya. Namun ramai yang mengalami masalah apabila hasil tuaian tidak menjadi. Sebenarnya, berkebun menggunakan pasu bukanlah semudah yang disangka. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu. Antaranya:
KENAL PASTI POTENSI
Perhatikan lokasi yang dipilih untuk memulakan projek tanam sayur di dalam pasu. Jika kawasan yang dipilih menghadap matahari naik di waktu pagi, ia tidak menjadi masalah dan potensinya tinggi untuk lebih subur. Ia penting bagi menentukan jenis tanaman yang sesuai di kawasan tersebut. Secara purata, kebanyakkan tanaman berdaun memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Namun, bagi jenis berbuah ia memerlukan pencahayaan 8 jam sehari.
PILIH BEKAS ATAU PASU
Terdapat pelbagai saiz dan material pasu yang perlu diambil tahu, jangan asal tangkap muat sahaja. Pemilihan pasu terbaik untuk tanaman sayur adalah dari jenis tanah liat kerana ia mempunyai ruang udara yang berupaya mengekalkan kadar kelembapan dalam tempoh yang lama.
KEPERLUAN TANAMAN SAYUR BERPASU
Untuk permulaan, cuba tanam sayuran yang mempunyai tempoh tuaian pendek seperti kangkung, sawi, bayam, dan sebagainya. Bagi memastikan sayuran yang ditanam berjaya di tuai pada masanya, beberapa keperluan tanaman berpasu perlu disediakan seperti dibawah:
Medium tanaman
Medium tanaman atau tanah adalah komponen paling utama dalam proses memulakan projek tanaman sayur di dalam pasu. Tidak digalakkan untuk menggunakan tanah yang diambil di sekitar kediaman. Sebaiknya, beli medium tanaman siap bancuh atau potting mix yang terawat.
Penyiraman
Selain penyediaan medium yang sesuai, penyiraman juga antara faktor pendorong terhadap tumbesaran optimum tanaman. Namun, ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Kebanyakkan tanaman mati bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan siraman malah berlebihan air. Sebagai tip, pastikan siraman dilakukan sekurang-kurannya 1 hari sekali terutamanya bagi tanaman berdaun. Namun menjelang musim panas, siraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika khuatir, periksa medium tanaman. Jika permukaan medium kelihatan kering, baru lakukan siraman
Tip tambahan
- Tanaman yang ditanam di dalam pasu kerap mengalami masalah kekurangan nutrient. Pastikan pembajaan dilakukan 1 minggu sekali atau sekurang-kurangnya setiap 2 minggu
- Elak menggunakan baja yang mengandungi nitrogen tinggi pada tanaman jenis berbuah seperti tomato dan cili
- Sebaiknya, pilih baja organik atau gunakan sahaja sisa buangan dapur seperti kulit bawang, sayur yang rosak, kulit telur, air basuhan beras sebagai baja organik. Jika ingin keterangan lebih mendalam mengenai baja layari https://www.impiana.my/teh-kulit-pisang-terapi-untuk-menggalakkan-ros-berbunga-lebat/
- Sentiasa periksa tanaman anda terutamanya di bahagian bawah daun bagi mengelak serangan serangga perosak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI