Apabila sudah memiliki kediaman sendiri sudah pasti anda nak ubah suai dan tambah baik rumah anda supaya tampak lebih anggun, bergaya dan sesuai dengan citarasa anda.
Ubah suai rumah ini termasuk dengan konsep yang ingin diserlahkan bersama barang kelengkapan yang dibeli, termasuklah penggunaan jubin bagi mencapat matlamat impian anda.
Namun, anda pasti seringkali berdepan dengan masalah pemilihan jubin yang betul seperti antara corak, warna dan jenis jubin yang sesuai untuk rumah anda. Bahkan pelbagai pilihan yang ada menyukarkan anda untuk membuat pilihan.
Tidak kira sama ada anda nak memasangnya di luar mahupun di dalam rumah, pemilihan jenis jubin memainkan peranan penting.
Untuk permukaan lantai dalam rumah, jubin jenis seramik dan porselin sering menjadi pilihan ramai. Tetapi tahukah anda antara kedua-dua jenis jubin ini mempunyai perbezaan meski struktur permukaannya kelihatan hampir sama.
Jadi, mari kita kita lihat perbezaan dan kelebihan antara kedua-dua jenis jubin ini.
JUBIN JENIS SERAMIK
Ads
Jubin jenis seramik dianggap jubin paling asas kerana ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain.
Bahan-bahan tersebut kemudiannya diadun menerusi proses penekanan dan dibakar dalam suhu yang tinggi.
Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.
Untuk jubin jenis seramik ia mempunyai kelebihan dari segi harganya yang lebih murah berbanding jubin jenis porselin. Selain itu, ia juga tahan lasak dan amat untuk mudah dijaga.
Ads
JUBIN JENIS PORSELIN
Jubin jenis porselin pula diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan.
Secara umumnya, tanah liat digunakan untuk membina jubin porselin lebih padat. Bukan sekadar berkilat dan pusam, ia juga menawarkan permukaan yang boleh memantulkan cahaya.
Maka ia sesuai dipasang sama ada di dalam atau di luar rumah. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.
Ads
Kelebihan jubin jenis porselin ini dipercayai lebih tahan lama, mudah dibersihkan dan diselenggara.
Sumber: PropertyGuru Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Lantai kediaman yang bersih dan cantik merupakan salah satu ciri rumah yang selesa didiami. Bagi memastikan lantai sentiasa dalam keadaan yang tip top, pemlik perlulah menjaga dan membersihkannya setiap hari. Jika tidak dikekalkan kebersihan lantai, pasti akan jadi tidak selesa dan mungkin juga akan cepat rosak.
IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk menjaga lantai rumah dengan sempurna agar ia kekal lama dengan modal yang rendah serta hanya menggunakan segala peralatan yang sedia ada dalam rumah.
Perahan Lemon
Anda boleh menjimatkan penggunaan cecair cucian lantai dengan membuat sendiri air cucian agar lantai anda kekal bersih sepertimana ia dipasang mula-mula dahulu.
Bahan-bahan :
1 biji lemon
1 jug air paip
1 sudu sabun serbuk
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bahan-bahah di atas iaitu air perahan limau bersama sabun serbuk serta air paip ke dalam baldi.
Mop kawasan rumah anda seperti biasa.
Semburan air untuk menyapu pasir
Selalu apabila kita menyapu lantai, pasti sukar untuk memerangkap pasir halus yang melekat di celahan celahan lantai vinyl flooring rumah anda.
Cara-caranya:
Semburkan sedikit air paip ke atas penyodok penyapu. Ia bertindak sebagai pelekat untuk memerangkap butir kecil pasir dan memudahkan proses pembersihan.
Selepas disembur dengan sedikit air, sapu pasir tersebut ke dalam penyodok seperti biasa.
Hilangkan Bau Hapak Pencuci Hampagas
Masalah biasa yang dihadapi oleh setiap orang ketika mengemas rumah menggunakan vacuum adalah bau hapak habuk yang terperangkap dalamnya. Sama juga keadaannya apabila tidak disedut oleh vacuum, kotoran micro boleh merosakkan lantai rumah anda.
Gunakan serbuk kayu manis untuk menyegarkan udara yang dikeluarkan oleh mesin tersebut agar udara rumah anda bebas daripada bau busuk hapak.
Cara-caranya:
Ambil sedikit serbuk kayu manis, letakkan di hadapan hos penyedut vacuum dan biarkan ia menyedutnya untuk membebaskan haruman kayu manis di sekeliling rumah.
Kilatkan lantai rumah
Tips ini amat sesuai untuk lantai di bahagian dapur yang menggunakan jubin. Kalau tidak dibersihkan dengan betul, seperti tertumpah air berperisa, pasti akan membuatkan lantai anda melekit dan berbau.
Pasti lantai melekit membuatkan anda berasa tidak selesa.
Bahan-bahan :
1 Penutup pencuci lantai
Cuka
Air Panas
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam baldi dan mop pada lantai jubin dapur anda.
Kesannya akan membuatkan lantai jubin anda kembali berkilat seperti baru dipasang semalam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Antara perkara paling penting yang perlu anda titikberatkan sebelum mengubahsuai atau membina dapur impian adalah kesesuaian saiz dengan konsep yang diingini. Tidak semua konsep sesuai untuk sebarang saiz. Oleh itu, lakukan kajian atau research yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum memulai proses tersebut.
Selain itu, pemilik juga wajar mendapatkan pandangan dan nasihat dari pakar kerana terdapat beberapa perkara yang mungkin memerlukan lebih penelitian dan pengamatan. Dengan mengambil kira pendapat dari yang lebih arif, peratusan untuk pemilik kecewa dikemudian hari dapat dikurangkan.
Melangkah masuk ke rumah baharu di Semenyih ini, dapat penulis rasakan aura yang cukup lapang dan nyaman. Dengan pemilihan konsep yang ringkas tetapi masih lagi mempunyai karakternya yang tersendiri, kediaman ini cukup lengkap untuk tuan rumah sekeluarga.
“Sesuaikan tema dekorasi dengan keluasan ruang anyg ada untuk mencipta ruang elegan yang tidak terlalu sarat”, menurut Encik Aidan selaku pereka bentuk dalaman ruang dapur kediaman ini.
Ruang tampak tersusun dengan gabungan gaya moden industrial pada bahagian ruang tamu dan lebih kepada minimal scandinavian di ruangan dapur. Walaupun dengan konsep yang berbeza, keharmonian antara kedua-dua penataan ruang ini jelas terlihat kerana pemilihan bahan serta warna yang digunakan juga selari.
KESINAMBUNGAN RUANG
Dengan pelan lantai terbuka, pembahagian ruang dengan bijak adalah amat penting. Perancangan ruang yang teliti mampu menjadikan kediaman lebih teratur dan selesa, selain lebih praktikal untuk pemilik melakukan aktiviti harian. Dari ruang tamu, ke ruang makan, dan seterusnya ke ruang dapur, penulis dapat lihat ‘flow’ atau aliran yang seimbang tanpa menjejaskan gaya dari konsep pilihan pemilik.
Untuk membahagikan ruang makan dengan ruang dapur, pemilik meletakkan pembahagi dari material besi bagi meneruskan konsep industrial dari ruang tamu. Penggunaan pembagai ruang tersebut telah mewujudkan ilusi ruang yang luas terbuka tetapi dalam masa yang sama masih lagi memberi privasi kepada pengguna dapur.
ELEMEN SEMULAJADI
Pemilihan bahan atau material untuk dapur ini telah dilakukan dengan penuh ketelitian oleh perekanya. Dengan berpandukan minimal scandinavian, rona earthy yang lebih neutral telah menjadi pilihannya. Beliau juga menerapkan eleman semulajadi seperti kayu pada rekabentuk dapur ini.
“Gabungkan warna polos dengan tekstur dari bahan semulajadi seperti kayu, batu marmar, konkrit dan sebagainya sebagai asen bagi mendapatkan harmoni serta keseimbangan dalam ruang yang sempurna”, kata Aidan lagi.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik : Talib Sabri Sulaiman & Nurmisuarina Yahya
Nama Pereka : Muhamad Adian Akmar
Jenis Kediaman : Semi D
Keluasan Dapur : 128 kaki persegi
Konsep Dapur : Moden Scandinavian
Lokasi : Semenyih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perkongsian demi perkongsian rakaan-rakan IMPIANA makeover bilik air dengan hanya menggunakan cat sahaja. Tapi kebanyakannya memilih warna hitam pada bahagian lantai. Kali ini, IMPIANA kongsikan hasil makeover Anis Zaid.
Projek mencantikkan rumah dengan bajet yang berpatutan. Projek akeover washroom. Kami buat based on recommend Nippon tau dan berdasarkan orang yang pernah buat jugak. So mmg boleh buat la kiranya. Bukan buat ikut suka je. Haha. Projek dia ambil masa berhari-hari jugak sebab nak tunggu kering cat. Barang-barang boleh cari dekat kedai jual cat.
Barang-barang yang diperlukan:
– Cat Nippon Tile Primer 3L (dia akan sekali dgn hardener) RM165
– Cat Nippon EA4 White 5L (sekali dengan hardener jugak) RM175
– Cat Nippon EA4 Grey 1L (plus hardener) RM47
– Filler
– Berus cat masking tape biru dll (bgtau org kedai nk berus n roller untuk epoxy paint)
Cara-cara dia: Hari 1- Basuh dan sental toilet guna clorox. Biar tandas betul-betul kering. dah kering barulah letak filler dekat lubang yang ada dekat tiles. tunggu filler kering
Hari 2-Sapu habuk dan debu sebelum cat. Cat Tile Primer untuk lapisan pertama. 3L tu sebenarnya boleh guna untuk 2 tandas sebab yang ni buat selapis je. Memandangkan memang nak cat dua tandas, kuantiti cat ni mencukupi. Biarkan cat kering sehari.
Hari 3- tunggu Primer kering
Hari 4- Cat EA4 putih lapisan pertama. Cat ni kena buat 2 lapis. So kalau nk buat putih, buat 2 lapis putih. Kalau macam kami, dinding putih, lantai kelabu. Jadi dinding kami cat 2 lapis putih. Lantai selapis putih. Nak buat corak pun boleh. Boleh cari la idea dekat pinterest. Biar cat kering.
Hari 5- tunggu 1st layer EA4 kering
Hari 6-cat 2nd Layer EA4 Putih lagi sekali bagi dia betul-betul putih dan tak nampak corak atau warna tile lama. tunggu sampai kering
Hari 7- Tunggu lapisan ke-2 cat betul-betul kering. (the best 1 hari) tapi sebab semalam kami start cat pagi so kami terus cat EA4 kelabu. (padahal excited sangat and tak sabar..haha) dah rasa kering terus cat EA4 kelabu selapis. lepas tu tunggu kering lagi (kena banyak bersabar menunggu)
Hari 8- SIAP!!
Oh lupa. Thank you Nippon for the advise n Arif Sukarno tolong cat. Saya tolong sikit2 je.
*tile primer dan EA4 white ni boleh guna untuk 2 toilet. satu toilet ni kami guna separuh je. toilet lagi satu belum start lagi. hehe
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.