Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
Ads
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
Ads
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
Ads
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dapur. Semua orang ada dapur bukan? Siapa je yang tidak ada dapur sebab dapur inilah tempat untuk kita memasak. Bila tak ada dapur, kita akan tak memasak. Bila tak memasak, kita akan tak makan. Bila tak makan, kita akan lapar. Bila lapar, kita merana dan jatuh sakit. Bila jatuh sakit, Innalillah. Hahahaha. Hari ini, saya akan menceritakan tentang dapur. Dapur ataupun dalam English dipanggil stove ini, ada dua jenis pada zaman sekarang, iaitu, dapur gas dan dapur elektrik. Tapi, apa perbezaannya? Mari saya ceritakan apa perbezaannya.
Baiklah, kita mulakan dengan penggunaan haba dan tahap memanasnya. Apa yang saya lihat sekarang ini adalah kecekapan memasak dalam perbezaan dapur gas dan elektrik ini. Menurut kajian yang saya baca, dapur elektrik mampu memberikan haba kepada makanan sebanyak 90% manakala dapur gas dapat memberi sehingga 55% sahaja haba. Jadi, menggunakan dapur elektrik adalah lebih berguna dan berfungsi sekiranya anda ingin memasak makanan yang banyak dalam masa yang cepat.
Selain dari itu, kos penggunaan juga ada perbandingannya. Apabila bercerita tentang kos pula, sudah tentu, mana-mana produk yang baik akan mahal. Untuk menggunakan dapur aruhan, anda mesti membeli dan mendapatkan mangkuk jenis aruhan, periuk dan juga kuali untuk menggalakkan penghantaran elektromagnet dengan lebih cekap. Dari apa yang saya tahu, Penggunaan dapur elektrik ini boleh disifatkan sebagai susah payah kerana ia tidak sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana dapur elektrik tidak dapat mengesan kuali kecil yang diletakkan di atasnya. Malahan, ia tidak memerlukan penggunaan periuk tertentu, tidak seperti dapur gas standard, dan kawalan penggunaannya lebih terbuka.
Jadi dengan itu, selesailah sudah saya menceritakan tentang perbezaan dapur gas dan dapur elektrik. Jikalau anda, anda memilih yang mana? Itu semua ditangan anda.
Dalam kehidupan seharian, peralatan rumah seperti meja lipat dan papan seterika sering digunakan tanpa banyak berfikir tentang keselamatan.
Namun, penggunaan barangan ini tanpa berhati-hati boleh mendatangkan risiko serius, termasuk kecederaan yang boleh membawa maut.
RISIKO IRONING BOARD & MEJA LIPAT, BOLEH UNDANG PADAH
Walaupun peratalan seperti ironing board dan meja lipat ini dilihat sebagai sangat praktikal untuk digunakan di rumah, sekolah atau mana-mana sahaja, sebenarnya boleh mengundang risiko. Terutamanya kepada kanak-kanak kerana, risikonya adalah mereka boleh terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.
Menurut Hong Kong Consumer Council, meja lipat merupakan satu peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila kanak-kanak menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.
Paling merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap kanak-kanak di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, ini agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.
Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika mereka panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.
Bukan Hong Kong Consumer sahaja yang menyatakan risiko malah negara lain turut berpendapat sama. Pada tahun 2022, kerajaan UK telah mengeluarkan arahan pembetulan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.
“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.
ADA LANGKAH KESELAMATAN KALAU NAK GUNA..
Hong Kong Consumer Council berkata, terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan situasi di atas berlaku. Antaranya:
-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan
-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Memandangkan meja lipat adalah berbahaya kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing dan melarang mereka daripada bermain dengan peralatan tersebut.
Ada cara agar buah avokado yang dibeli mampu tahan lama selepas dibeli. Dengan cara ini anda boleh menikmati buah avokado yang masih segar walaupun sudah beberapa hari disimpan.
Kebiasaannya kita membeli buah avokado dalam jumlah yang mampu dihabiskan sebelum buah ini menjadi rosak. Ini kerana buah avokado tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
Bagaimanapun ada cara agar buah avokado dapat disimpan untuk tempoh yang lama.
1. Simpan di kawasan terbuka sehingga buah avokado ranum. Tanda buah avokado sudah ranum dapat dilihat apabila warnya menjadi gelap dan lembut apabila disentuh.
2. Jika sudah ranum, simpan di dalam peti sejuk. Buah avokado yang belum dibelah mampu bertahan untuk tempoh tujuh hingga lapan hari.
3. Apabila ingin menggunakannya, belah separuh buah avokado di bahagian tengah.
4. Untuk bahagian separuh lagi buah avokado yang belum dimakan lagi, jangan buang bijinya. Masukkan baki buah avokado ke dalam bekas plastik kedap udara.
5. Simpan baki buah avokado dalam peti sejuk. Baki buah avokado tersebut mampu bertahan sehingga dua hari.
KHASIAT BUAH AVOKADO:
1. Avokado boleh membantu menyerap nutrien daripada makanan lain
Avokado bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi, malah dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain ke dalam tubuh. Satu kajian menunjukkan bahawa menambah avokado ke dalam salad atau makanan lain boleh meningkatkan penyerapan antioksidan ke dalam tubuh.
2. Avokado mengandungi antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata
Avokado mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, penting untuk kesihatan mata iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini dapat membantu mengurangkan risiko mendapat katarak yang biasa berlaku pada orang tua.
3. Avokado boleh membantu mencegah kanser
Satu kajian ke atas sel terpencil menunjukkan bahawa penggunaan buah avokado dapat membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi pada limfosit manusia. Ekstrak buah avokado juga telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser prostat.
4. Ekstrak avokado boleh membantu melegakan gejala arthritis
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak daripada buah avokado dan minyak kacang soya mampu mengurangkan gejala osteoarthritis dengan ketara.
Makan buah avokado membuatkan anda kenyang lebih lama. Seseorang yang makan buah avokado mempunyai keinginan untuk makan 28 peratus lebih rendah dalam tempoh lima jam selepas itu. Keadaan ini boleh mengurangkan pengambilan kalori. Avokado juga mengandungi serat yang tinggi dan rendah karbohidrat supaya dapat membantu anda menurunkan berat badan.
6. Avokado boleh mengekalkan kesihatan jantung
Avokado terutamanya minyak avokado boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak tidak tepu mampu menghalang perkembangan arteriosclerosis.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.