Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?