Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ads
Ads
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membuang sampah yang ada di rumah ada adabnya. Meskipun hanya membuang sampah, sisa dapur mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara yang betul dan selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan;
Cara Membuang Sisa Kaca/Cermin atau Benda Tajam
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Kemas Dalam Keadaan Kering
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Guna Tong Biskut/ Botol Sabun Untuk Serpihan Kecil
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Guna Kotak Untuk Serpihan Besar
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut Kotak & Label Besar-Besar
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
IMPIANA: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Zaman sekarang memang mustahil kalau tak pasang aircond sebabnya cuaca yang panas membahang di luar. Sebab itulah kebanyakan kediaman kini memilih aircond sebagai penyejuk suhu di dalam rumah memandangkan ia piliham terbaik yang begitu menyelesakan.
Selain memilih aircond yang mampu memberi ciri-ciri penyejukan terbaik, sudah pastinya yang mempunyai teknologi penjimatan eletrik menjadi buruan. Penghawa dingin SHARP dengan teknologi diperbaharui terbaru J-Tech Inverter menawarkan sesuatu yang berbaloi untuk anda miliki.
Penghawa dingin sudah diketahui umum sebagai alat eletrik yang menggunakan tenaga eletrik paling banyak. Oleh sebab itulah bil eletrik setiap bulan adalah tinggi jika kita kerap memasangnya. Dengan teknologi penyejukan SHARP, penghawa dinginnya mampu menjimatkan 65% tenaga eletrik.
Paling mengujakan teknologi Super Jet mampu mengurangkan suhu sebanyak 5°c hanya dalam tempoh 5 minit! Jadi anda tidak perlu tunggu sehinga setengah jam atau lebih untuk merasa sejuk. Malah SHARP memperhebatkan lagi fungsi penghawa dingin nya apabila ia mampu dilaras sejuk sehingga 14°c. Cool bukan?
Lock On sensor yang dilengkapi juga mampu mengesan pergerakan di lokasi membuatkan ia bertindak lebih efisien dalam menyediakan persekitaran sejuk buat ruang kediaman. Mengadaptasi konsep pepatung dalam binaan reka bentuk penghawa dingin nya, kipas angin ini mampu mengurangkan kadar rintangan udara dan memperbaiki sirkulasi udara sehingga 30% iaitu meliputi sehingga 14 meter.
Tidak hanya sekadar menyejuk, SHARP J-Tech Inverter juga didatangkan dengan teknologi Plasmacluster yang menyahkan ion positif dan negative sebaik saja suisnya dipasang. Sememangnya ia baik untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan dalam masa yang sama inginkan udara bersih untuk keluarga kerana keupayaan penghawa dingin ini menyingkirkan virus dan bakteria.
Teknologi pembuatan Jepun yang sememangnya diyakini seluruh dunia, telah diterapkan dalam reka bentuk penghawa dingin ini. Dilengkap dengan 7 lapisan perlindungan di antaranya menyediakan operasi yang selamat, melindungi dari kilat, kakisan dan juga renjatan eletrik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menghias dan mendekor kediaman merupakan terapi bagi sesetengah orang. Selain perabot dan aksesori lain, kita juga boleh penuhi ruang kediaman dengan tumbuhan hijau yang memberikan banyak mafaat buat penghuni.
Namun, ada yang masih skeptikal dan tidak mahu mengambil risiko kerana khuwatir tumbuhan akan layu dan mati.
Antara penyebab utama tanaman indoor mati termasuklah cara menyiram yang salah ataupun kerana kurang pencahayaan.
Jadi kali ini IMPIANA akan senaraikan 7 jenis tanaman indoor yang low maintenance agar mudah untuk pemilik menjaganya
1. Areca Palm
2. Boston Fern
3. Chinese Evergreens (Aglaonema Plant)
4. Dracaena Fragrans (Corn Plants)
5. Monstera Deliciosa (Cheese Plant)
6. Golden Pothos (Money Plant)
7. Sansevieria (Snake Plant)
Sumber gambar : Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.