Antara Tandas Cangkung Dan Duduk, Mana Yang Lebih Baik?

Share

Seperti umum mengetahui, terdapat dua postur badan sewaktu membuang air, sama ada menggunakan tandas duduk atau mencangkung.

Bagi mereka yang biasa dengan tandas duduk yang lebih moden, postur mencangkung mungkin kelihatan kurang selesa dan bertamadun.

Tapi tahukah anda yang mana satu sebenarnya lebih baik untuk digunakan dalam seharian kehidupan anda?

Perbezaan tandas duduk dan cangkung

Posisi ketika membuang air besar secara duduk melibatkan duduk dengan pinggul dan lutut pada sudut tepat seakan seperti duduk di atas kerusi.

Kebanyakan tandas moden dan tandas jenis kering direka untuk digunakan dalam postur secara duduk. 

Untuk pengetahuan anda, tandas duduk telah digunakan secara meluas di Eropah sejak abad ke-19.

Manakala, posisi buang air besar secara mencangkung melibatkan posisi duduk kaki berlipat dengan lutut dan pinggul pada sudut tajam dan punggung hampir ke tanah. Tandas cangkung direka untuk memudahkan postur ini.

Jenis tandas cangkung ini banyak terdapat di negara majoriti Muslim atau Hindu dan ia dicipta bagu untuk membolehkan pembersihan dubur dengan air sebagaimana etika tandas dalam agama Islam.

Mana lebih baik?

Meski tiada kajian saintifik meluas membandingkan kedua-dua posisi, namun terdapat beberapa bukti yang mendokong bahawa tandas cangkung lebih memudahkan proses membuang air besar.

Ini kerana, proses membuang air besar sebenarnya lebih rumit daripada yang anda sangkakan. Pertama, rektum di bahagian akhir usus besar menegang apabila dipenuhi najis lalu menyebabkan otot saluran dubur menjadi semakin kendur.

Otot puborektalis, yang melingkari rektum seperti anduh, biasanya memegang rektum ke hadapan untuk membentuk sudut ketat (dikenali sebagai sudut anorektal).

Semasa membuang air besar, otot puborektalis akan kendur dan sudut anorektal akan melebar.

Duduk mencangkung menambah kelebaran sudut anorektal untuk membolehkan laluan yang lebih mudah dan lurus untuk najis keluar

Sebelum ini, terdapat eksperimen mengkaji perbezaan antara dua posisi berbeza ini oleh penyelidik dari Israel, Dov Sikirov.

Satu kajian telah dijalankan dengan melibatkan seramai 28 sukarelawan sihat yang diminta untuk merekodkan berapa lama masa mereka membuang air besar dan tahap kesukarannya.

Kesemua para sukarelawan duduk di atas tandas yang berbeza ketinggian di antara 42cm dan 32cm tinggi dan juga mencangkung di atas bekas plastik.

Hasilnya, purata masa yang direkodkan untuk membuang air besar ketika mencangkung adalah 51 saat, berbanding purata masa sewaktu duduk pada tandas rendah dan tinggi, masing-masing 114 dan 130 saat.

Peserta mendapati membuang air besar lebih mudah semasa mencangkung daripada ketika duduk.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sumber: Hellodoktor.com.my 

Baca artikel berikutnya: Memiliki Kediaman Tepi Pantai, Selamat Atau Pun Tidak?

Published by
Nazar Rafiqhi