Tahukah anda, dengan mengurus kewangan secara teratur dan betul adalah salah satu langkah permulaan bagi memiliki pengurusan kewangan yang lebih sihat? Adakah anda berasa kini sudah berjaya untuk memiliki pengurusan kewangan yang sihat? Mari kita semak bersama!
Sebenarnya, anda beberapa perkara dan langkah yang perlu anda lakukan bagi untuk memiliki kewangan yang bukan sahaja kukuh malah sihat menurut pakar kewangan dan hartanah, Enciik Azizul Azli Ahmad.
Menerusi perkongsian akaun di laman media sosial miliknya, Encik Azizul memaklumkan ada sebanyak tujuh langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kewangan yang sihat antaranya;
1.Bersyukur
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk sentiasa mempunyai sifat syukur dalam diri. Selain itu anda juga disarankan untuk sentiasa percaya bahawa semua pemberian rezeki aturan daripada Yang Maha Esa.
2.Bekerja cari duit juga ibadah
Wujudkan sifat dan perasaan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah merupakan salah satu ibadah. Jadi, jangan pernah berasa tertekan atau stres dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan dalam usaha mencari rezeki. Yang penting, haruslah halal!
3.Tidak mudah FOMO (Fear Of Missing Out)
Langkah seterusnya, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk tidak sentiasa mudah ketinggalan dengan rezeki atau kekayaan orang lain. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri dan jangan sampai biar papa asal bergaya pula oleh kerana semata-mata kita mahu meniru gaya hidup orang lain.
4.Bersedekah
Percaya atau tidak, amalan bersedekah juga merupakan salah satu cara atau langkah bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih kukuh serta sihat? Tidak kira apa bangsa atau agama sekalipun, amalan bersedekah ini sememangnya diterapkan dalam kepercayaan agama masing-masing. Bak kata pepatah Melayu, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima
, betul tak?5.Menguruskan duit bukan untuk lebih kaya
Menguruskan duit bukan untuk supaya jadi lebih kaya juga antara salah satu faktor penting bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang lebih sihat. Anda juga harus percaya, mengumpul aset dan wang ringgit ini bukan untuk mencapai matlamat kekayaan semata-mata tetapi tujuan hidup anda adalah lebih bermakna kelak.
6.Mampu tahan keinginan
Tidak dinafikan, setiap orang pasti mempunyai keinginan masing-masing seperti memiliki sebuah rumah yang besar, barangan kemas, wang ringgit yang banyak, kereta mewah dan banyak lagi. Tetapi alangkah lebih baik sekiranya anda membuat pelaburan demi masa depan kewangan anda yang lebih cerah dan kukuh?
7.Siapkan dana kecemasan
Ini juga antara perkara yang tidak lakukan bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang sihat. Untuk pengetahuan anda, adalah sangat penting juga untuk sentiasa menyimpan sedikit wang untuk tabung kecemasan anda dan keluarga.
Foto: YouTube Filem Mami Jarum
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?