
Isi Kandungan
ToggleNak beli air-cond biasanya mesti penjual akan tanya nak yang lengkap inverter atau pun tidak. Ini juga antara “selling point” yang banyak digunakan oleh penjual-penjual. Sebenarnya, bukan air-cond sahaja yang menggunakan sistem ini. Peti sejuk, oven dan mesin basuh tidak terkecuali menggunakannya.
Apa beza air-cond inverter atau non-inverter ni?
Inverter
- Tindakbalas Pantas untuk mencapai suhu yang dikehendaki
- Memberikan suhu yang kekal dan selesa
- Lebih menjimatkan tenaga elektrik sekiranya digunakan pada waktu yang lama
- Mengurangkan bunyi pada sisitem operasi
- Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal dari normal unit.
- Harga lagi mahal dari unit biasa
Non Inverter
- Lebih masa yang diperlukan untuk mencapai suhu yang dikehendaki
- Lebih banyak menggunakan tenaga elektrik
- Sistem operasinya lebih bising
- Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih murah berbanding inverter
- Harga lebih murah
Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanah Lot Lidi Harganya Murah Tapi Kena Ingat, Nama Tiada Dalam Geran, Bila-bila Boleh Kena Halau

Tanah lot lidi harganya murah. Penjualan tanah lot lidi kebiasaannya berlaku atas dasar kepercayaan. Konon ada surat perjanjian cop peguam. Bagaimanapun perlu diingat selagi nama tiada dalam geran maka tanah itu bukan milik kita. Sebaliknya waris kepada nama yang ada dalam geran itulah yang berhak.
Sudah banyak kes berlaku, pembeli sudah buat rumah, pada akhirnya penama dalam geran (pemilik asal) meninggal maka waris yang berhak membuat tuntutan faraid. Maka semua mereka yang beli tanah itu dihalau. Jika bawa kes tersebut ke mahkamah pun tetap kalah.
Sedih juga bila baca kisah seorang pembeli lot lidi. Sudah lebih 35 tahun tinggal di rumah yang dibina di atas lot lidi yang dibeli, akhirnya terpaksa akur apabila diperintahkan keluar dari rumah yang telah didiami sejak sekian lama itu.
Apakah lot lidi? Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum tahu sepenuhnya tentang lot lidi. Pembelian lot tanah yang melanggar undang-undang tanah dan tiada geran akan dikeluarkan. Penjual ambil kesempatan menjanjikan akan keluarkan geran selepas beberapa tahun terima bayaran padahal pejabat tanah takkan keluarkan geran baru sebab sudah melanggar undang-undang tanah. Tidak lepas syarat untuk keluarkan geran baru.
Berikut perkongsian Salkukhairi N Sons
BEZA ANTARA BELI TANAH LOT LIDI DAN TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA
Bila saya kata TANAH LOT BANGUNAN GERAN KONGSI (LOT LIDI) tidak boleh di pindah milik kepada pembeli, ramai yang keliru dan marah saya balik. Ada yang kata, dulu ayah saya beli boleh je buat pindah milik. Nama dia boleh je masuk dalam geran. Tak de masalah pun.
Sebenarnya, yang ayah anda beli itu bukan tanah lot bangunan geran kongsi tetapi TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA. Jangan keliru antara kedua-duanya.
Yang saya kata tak boleh dipindah milik tu adalah kalau korang beli TANAH LOT YANG DIDAKWA BERSTATUS BANGUNAN, TETAPI HAKIKATNYA MASIH TANAH PERTANIAN.
Dalam geran pun nama seorang pemilik berdaftar sahaja. Sedangkan pembeli 10 orang. Macam mana nak pindah milik kepada kesemua 10 orang tu. Memanglah tak boleh. Melainkan penjual buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu. Dapat geran individu yang berasingan barulah boleh dipindah milik pada nama korang.
Tapi kalau anda beli mana-mana bahagian daripada TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA, yang itu boleh dipindah milik kepada nama anda, tiada masalah. Hal ini kerana bahagiannya jelas dinyatakan dalam geran.
Berikut penerangan yang lebih jelas:
Ini pula pandangan daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan pelabur hartanah kecil.
JIKA TERBELI LOT LIDI?
Ramai yang bertanya, saya juga tiada pengalaman beli lot lidi.
Ini sekadar pandangan saya dan pengalaman berurusan jual beli tanah selama ini.
Cadangan saya:
1. Kaveatkan tanah tersebut agar pemilik juga tak boleh jual pada sesiapa lagi selepas ‘kita terkena.’
2. Semak nombor rujukan file jika tuan tanah sudah mohon atau tidak untuk tujuan tukar status tanah. Penjual akan jual ayat,
“Kita dah mohon, Pejabat Tanah lambat sungguh” dia akan burukkan Pejabat Tanah biasanya.
Sepatutnya sebelum jual lagi sudah mohon tukar status tanah. Tempoh masa kelulusan bergantung kepada peringkat mana kelulusan itu, kalau perlu sampai exco kerajaan negeri lambatlah jawabnya.
Jika tanah desa selalunya di peringkat pentadbir tanah daerah sahaja, itu memang cepat.
3. Bagi permohonan tukar kategori tanah juga perlu melalui jurukur berlesen.
Jurukur akan mohon ke pejabat tanah dan akan dimasukkan dalam mesyuarat kebenaran merancang oleh PBT.
4. Jangan bina apa apa bangunan atau rumah lagi di atas tanah itu. Ia bukan milik anda. Ratakan pun jangan, biar gajah membiak dan mengawan disitu saja.
5. Tuan tanah kena bayar ukur sempadan, bayar premium dan cukai. Setiap juruukur bertauliah kenakan bayaran berdasarkan keluasan tanah.
“Mahallah bang?” Mana ada benda murah dik, untung jual lot kau nak.
6. Harga jual sepatutunya dah masuk semua bukan ada bayaran tambahan lagi dimasa depan.
7. Biasanya untuk satu ukuran tanah tiada ukuran spesifik keluasan. Bagi tanah bandar mesti keluasan 5000+ kps ikut standard pejabat tanah masing masing untuk satu lot. Kebanyakkan lot lidi dibuat ikut suka hati tuan tanah sebab nak untung. Maka janganlah beli!
8. Perlu diketahui bahawa Pejabat Tanah tidak pernah iktiraf lot lidi ini kerana tidak ikut spesifikasi seperti simpanan jalan dan kawasan lapang. Dia main ikut suka tuan tanah nak bagi lot.
9. Nama pembeli juga sebenarnya tak boleh masuk dalam geran sebab untuk syarat pertanian, keluasan yang boleh dipindah milik mesti melebihi 1 ekar. Jika tak sampai keluasan 1 ekar, maka kena pindah keseluruhan bahagian tanah.
Sebelum nak beli tanah fahami tatacara urusan jual beli tanah ini dulu. Bukan janji murah terus beli.
“Murah tanah lot nie, kita jual satu lot RM56,000 sahaja. Tapi kena beli cash la.”
“Tak boleh buat loan cik”.
“Kita jual murah sebab nak bina Pusat Tahfiz ni.”
“Harga adik beradik ni, sebab tu murah. Mana nak dapat bawah RM100,000 tanah”
Pejabat Tanah sentiasa terbuka dan bantu jelaskan jika kita datang buat semakan dan bertanya. Jangan mudah percayakan apa sahaja janji penjual. Mereka nak dapat duit kita sahaja.
Sumber: Salkukhairi N Sons dan Azizul Azli Ahmad
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Idea Menarik Jadikan Balkoni Kecil Anda Lebih Selesa Dan Nyaman

Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.
Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!
#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN
Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.
#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL
Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.
#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP
Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.
#4 BUAT SESUATU PADA DINDING
Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.
#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI
Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Print Jadual Ni Kalau Nak Rumah Sentiasa Kemas Dan Bersih

untuk pastikan rumah anda hari-hari kemas dan bersih meang agak sukar terutamanya bagi si ibu yang bekerja. Ramai yang menggunakan perkhidmatan tukang cucui. Itu pun datang 2/3 hari sekali dan di bayar mengikut jam. Tapi, NoorB Kids World berkongsi jadual perancangan mengemas rumah yang WAJIB mak-mak ada. Nanti Print, dan lekatkan pada peti sejuk ye.
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
Untuk print jadual pembahagian tugasan klik sini!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI