Nak beli air-cond biasanya mesti penjual akan tanya nak yang lengkap inverter atau pun tidak. Ini juga antara “selling point” yang banyak digunakan oleh penjual-penjual. Sebenarnya, bukan air-cond sahaja yang menggunakan sistem ini. Peti sejuk, oven dan mesin basuh tidak terkecuali menggunakannya.

Apa beza air-cond inverter atau non-inverter ni?

Inverter

  • Tindakbalas Pantas untuk mencapai suhu yang dikehendaki
  • Memberikan suhu yang kekal dan selesa
  • Lebih menjimatkan tenaga elektrik sekiranya digunakan pada waktu yang lama
  • Mengurangkan bunyi pada sisitem operasi
  • Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal dari normal unit.
  • Harga lagi mahal dari unit biasa

Non Inverter

  • Lebih masa yang diperlukan untuk mencapai suhu yang dikehendaki
  • Lebih banyak menggunakan tenaga elektrik
  • Sistem operasinya lebih bising
  • Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih murah berbanding inverter
  • Harga lebih murah

Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan.