Mesti ada di kalangan anda yang tidak mempunyai kad kredit tetapi berhasrat untuk membeli barangan kelengkapan rumah secara ansuran mudah. Jika ada pun yang menawarkan khidmat sedemikian, anda terpaksa dikenakan bayaran ‘bunga’ atau kadar faedah yang tinggi.
Tetapi kini anda tidak lagi perlu khuatir atau berasa bimbang kerana sudah ada beberapa aplikasi yang membolehkan anda membeli barangan kelengkapan rumah atau apa-apa sahaja yang anda inginkan secara ansuran mudah dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar anda.
Menariknya lagi, ada beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan ansuran mudah tanpa dikenakan kadar bayaran faedah kepada para pelanggan.
Sebenarnya, sudah ada banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan sedemikian tetapi yang telah menjadi popular dikalangan pengguna adalah aplikasi Grab PayLater, Atome dan Paylater.
Jadi mari kita kenal dengan lebih dekat secara ringkas mengenai ketiga-tiga aplikasi ini.
Grab PayLater
Apabila kita aplikasi Grab, mesti kita akan membayangkan perkhidmatan e-hailing atau penghantar makanan yang ditawarkan kepada orang ramai. Tetapi tahukah anda, aplikasi Grab juga turut ada menawarkan perkhidmatan ansuran mudah selama 4 bulan tanpa kadar faedah kepada para pengguna.
Apa yang menarik mengenai Grab PayLater, ada beberapa kedai barangan elektrik dan rumah yang ditawarkan kepada orang ramai antaranya Harvey Norman, Senheng, Samsung dan banyak lagi.
Atome
Aplikasi Atome pula antara merupakan aplikasi baru yang diperkenalkan orang ramai. Untuk aplikasi ini, ia juga lebih kurang sama dengan aplikasi ansuran mudah yang lain. Cuma, penggunaan aplikasi ini lebih terhad dan hanya menawarkan ansuran mudah tanpa faedah selama tiga bulan sahaja.
Kelainan aplikasi Atome berbanding yang lain, setiap bulan akan menawarkan promosi diskaun pemotongan harga yang berbeza dan menarik kepada para pengguna.
Paylater
Aplikasi Paylater ini juga antara aplikasi ansuran mudah yang popular di kalangan ramai. Ini kerana, ia memiliki kelebihan dengan menawarkan kadar tempoh bayaran ansuran yang lebih lama sehingga 36 bulan. Maka, oleh kerana kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan aplikasi ini paling digemari ramai.
Untuk maklumat serta info penjelasan lanjut mengenai ketiga-tiga aplikasi ini, anda boleh menonton pautan video penuh Tip Impiana – Apps Grab PayLater, Atome dan Paylater yang memaparkan perkongsian mengenai aplikasi berkenaan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Elak Tertipu Beli “Furniture” Online, Wajib Ikut Tip Ni