Berita

Apa Beza Antara Hibah & Hibah Takaful?

Share

Bagi anda yang golongan muda khususnya pasti ada yang masih tidak mengetahui definisi dan perbezaan yang terperinci antara Hibah dan Hibah Takaful. Meski kedua-duanya dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza. 

Jadi, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA. 

Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Encik Faidzal yang merupakan seorang perunding takaful di bawah naungan Al-Araf Associates bagi mengupas secara terperinci mengenai Hibah bersama penonton. 

“Apa maksud Hibah yang sebenarnya adalah hadiah, manakala Hibah Takaful pula bermaksud pemberian hibah dalam bentuk wang pampasan yang mana kita boleh beri kepada sesiapa yang dikehendaki,” jelasnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konsep Hibah Untuk Tinggalkan Harta Pada Waris

Ketika sesi temu bual bersama Encik Faidzal turut menjelaskan beberapa perkara mengenai Hibah Takaful serta peranannya sebagai pelindungan tambahan kepada pembiayaan pinjaman anda. 

“Bila kita cerita fasal dari sudut hartanah kan, pasti ada yang terikat dengan hutang-hutang hartanah misalnya membayar pinjaman hutang kepada bank. 

“Jadi dengan adanya hibah takaful ini, ia sebenarnya boleh membantu kita untuk menstrukturkan pinjaman kita bersama bank. 

“Contoh, kalau kita buat satu pinjaman rumah dengan bank, kebiasaanya ia didatangkan sekali dengan Mortage Reducing Term Assurance (MRTA) yang mana selalu diwajibkan oleh pihak bank.

“Tetapi, dengan adanya tambahan hibah ini ia akan memberikan perlindungan tambahan terhadap kita punya pinjaman sekiranya berlakunya kepada diri kita sepanjang tempoh pinjaman,” katanya lagi. 

Sekiranya anda ingin mengetahu info serta maklumat lanjut mengenai Hibah Takaful, anda boleh menonton pautan video penuh di bawah;

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Suami Meninggal Dan Isteri Tahu Nombor Pin ATM Arwah, Adakah Balu Dibenarkan Untuk Keluarkan Duit Dan Guna?

 

Published by
Nazar Rafiqhi