Setiap kali berlakunya kebakaran, punca utama yang dikenal pasti adalah litar pintas. Apa sebenarnya litar pintas? Mengapa ia sering terjadi? Kalau litar pintas terjadi, sempatkah kita selamatkan harta benda kita? Ini jawapan.
Anda perlu tahu apa itu DB Board terdahulu. Tak kenal maka tak cinta. DB ialah satu kotak yang terdapat didalam rumah anda yang mengawal segala litar elektrik yang terdapat di dalam rumah anda
. Selalunya ia diletakkan dibahagian dalam depan rumah anda selalunya dikawasan ruang tamu anda.Pernahkah terjadi litar pintas dirumah anda ketika waktu kilat, mesti pernahkan?
Selalunya salah satu suis didalam DB anda akan terpelantik dengan sendirinya yang menyebabkan black out dan itu adalah ELCB. Keadaan ini juga akan berlaku sekiranya peralatan di dalam rumah anda mengalami kerosakkan. Sekiranya berlaku seperti ini anda tak perlu bimbang anda hanya perlu OFFkan kesemua suis yg terdapat didalam DB tersebut. Langkah seterusnya anda perlu ONkan semula suis iaitu bermula dgn Main Suis (suis yang selalunya terdapat disebelah kiri DB board) dan kemudian ONkan ELCB suis serta seterusnya MCBsuis (suis yg mempunyai tanda 6A,10A,15A,20A,32A) satu persatu sehingga habis.