Apa kelebihan dan kekurangan permukaan quartz stone yang ramai tak tahu. Masa kini terlalu banyak kemasan untuk permukaan kabinet dapur. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun boleh tahan mahal juga kadang-kadang bajet nak buat kabinet dapur selalu lari bila masuk rumah. Siapa pernah alami masalah maca ni boleh share dengan Min pengalaman anda memilih kemasan dapur anda.
Hari ini IMPIANA nak bawa anda pelajari tentang kelebihan dan kekurangan kemasan Quartz Stone ini.
Quartz Stone adalah produk batu yang mengandungi 95% Quartz dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan terikat dengan resin.
KELEBIHAN
Quartz mempunyai ketebalan 15-18mm serta terdapat dalam pelbagai warna dan corak yang menarik. Quartz juga nampak mewah dan memberikan tuan rumah perasaan batu semula jadi. Penampilan Quartz yang cukup kontemporari menjadikannya pilihan reka bentuk dapur moden.
1. Mudah untuk dijaga
2. Boleh custom made dalam pelbagai saiz
3. Senang dibersihkan
4. Quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai ‘back splash’
5. Tidak mudah retak atau pecah
KEBURUKAN
Tuan rumah perlu berhati-hati ketika meletakkan periuk dan kuali yang sangat panas terus di atas table top. Ini boleh meninggalkan kesan di atas permukaan table top. Sebagai langkah berjaga-jaga, periuk atau kuali yang panas hendaklah dilapik jika hendak letak diatas pemukaan Quartz Stone.
Antara kelemahan lain:
1. Mahal
2. Tidak mempunyai rupa semula jadi seperti batu
3. Tidak mampu tahan suhu yang terlalu tinggi
4. Mempunyai rongga halus yang boleh menyerap air dan kotoran dalam jangka masa yang lama.
5. Mudah berubah warna, terutamanya jika pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari
Jadi bolehlah buat perbandingan dan ikut kemampuan serta keperluan dapur kita, kemasan mana yang bersesuaian dengan konsep dan juga poket pemilik. ‘Tepuk dada tanya poket’.
Cara Mudah, Murah Dan Mujarab Nak Hilangkan Bau Tandas Kucing . Biasalah, kalau ada si bulus ni dalam rumah, mesti akan ada bau hamis kucing. Dah guna macam-macam produk nak kurangkan bau. Masih ada juga baunya. Ada kata kan guna pasir tandas kucing yang mahal-mahal. Pun sama juga tidak berubah. Tapi Lembayung Cahya Rabbani ada petua murah dan mudah.
Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing indoor. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.
Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau memang dah kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir tak ada langsung.
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing). Saya potong separuh botol air bikabonat terpakai (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit2 bau daripada litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat. Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba 😁
*kucing saya ni dlm proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung untuk makan minum & guna litterbox.
Cara Mudah, Murah Dan Mujarab Nak Hilangkan Bau Tandas Kucing
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Buah Mangga Kering Gantikan Asam Keping, Serius Sedap, Hari tu, Impiana share buluh yang banyak tak termakan dijadikan manisan macam kismis. Kali ni, kita cerita pasal mangga yang banyak meluruh busuk di tanah pula.
Faham-faham je lah, buah mangga ni kalau dah musim dia berbuah, memang tak tahu dah nak buat apa. Sampai offer jiran-jiran petik je sendiri. Nak-nak kalau jenis mangga kampung atau dipanggil mempelam. Nak makan segar, dah jemu. Buat jeruk pun dah menimbun-nimbun. Apa kata, boleh cuba idea Suez Tiez.
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa2 jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap. Asam gelugor tempat saya susah na jumpa.
Kalau buah mangga senang 😂. Kat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je. Saya belajar dan buat sendiri dari dia. Turun temurun memang guna asam keping jenis mangga saja. Caranya seperti di bawah.
1. Pilih hanya mangga muda sahaja (apa jenis pun tak kisah janji jenis yang masam)
2. Kupas kulitnya dan cuci bersih.
3. Potong kecil-kecil dan nipis-nipis seperti contoh di bawah. Kalau tebal nanti lambat nak kering.
4. Keringkan di bawah sinar matahari sehingga betul-betul kering. Biasanya lepas kering ia akan berubah warna gelap seperti di bawah.
5. Dah kering, simpan dalam botol kedap udara untuk tahan lama
Semoga bermanfaat untuk semua sahabat2. Yang minta izin share saya tak kisah dan izinkan. Lebih ramai share lebih ramai dapat manfaat. Harap2 dimusim pkp ni dapat menolong ramai berjimat guna apa yg ada di sekeliling 😊.
Buah Mangga Kering Gantikan Asama Keping, Serius Sedap
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
5 Fakta Mengenai Mesin Basuh Dan Cucian Pakaian Ni Mitos Je. Tak nak baju bertimpa dan menggunung, anda perlu rutinkan tugas mencuci pakaian secara kerap. Kalau keluarga yang besar, ia boleh dilakukan setiap ahri. Bagi yang bujang atau keluarga yang kecil, paling tidak, lakukan cucian baju 2 hari sekali.
Dipetik dari artikel Mr. Right, terdapat beberapa fakta yang semala ni dipraktikkan dan dipercayai oleh masyarakat adalah mitos semata-mata. Antaranya:
Ramai beranggapan mesin bukaan depan lebih bagus, mencuci secara effisyen dan sebagainya. Ini adalah mitos yang umum percaya. Tapi, sebeanrnya bukaan depan atau atas bukan lah yang diambil kira kerana ia mempunyai konsep rekaan dan fungsi yang sama. Bezanya adalah ruang yang digunakan. Yang menjadi keutamaan dalam rekaan mesin basuh sebeanrnya adalah jimat tenaga atau tenaga effisian’
Memang ramai yang praktikkan cucian mengikut warna. Tak salah. Tapi yang lebih tepat adalah cucian mengikut jenis fabrik. Fabrik yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti jeans atau denim akan lebih mudah merosakan kain yang lebih halus dan lembut.
Mesti yang kenekan dulu butag dan zip sebelum di cuci kan? Kononya nanti takut butang dan zip cepat rosak. Tahukah anda bahawa ia sebenarnya penyebab utama butang dan zip rosak? Ia disebab tekanan putaran di dalam mesin. Secara tidak langsung, ia antara penyebab tekstur kain mudah smelonggar atau meregang akibat ketegangan pada bahagian di di butang
Ini adalah fakta yang paling mitos. Jika terlalu banyak sabun digunakan ia akan menyebabkan buih terhasil secara extra. Secara tidak langsung, ia menyebabkan tompokan sabun pada pakaian
Memang dalam mesin basuh terdapat ruang perangkap habuk, tapi untuk lebih efektif, apa kata guna penapis tambahan ni https://invol.co/cl9cqfx5. JANGAN CUCI PAKAIAN DENGAN KAPASITI PENUH
Setiap mesin basuh direka bergantung kepada kapasiti yang telah ditetapkan. Ramai beranggapan, cucian dengan kaapsiti penuh akan menyebabkan mesin cepat rosak.api, hakikatnya cucian penuh sebeanrnya lebih jimat tenaga elektrik, air dan masa.
5 Fakta Mengenai Mesin Basuh Dan Cucian Pakaian Ni Mitos Je
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!