Berita

Apa Nak Jadi Rumah Artis Awal Ashaari?

Share

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari bengang apabila terpaksa menanggung kerosakan dalaman rumah ekoran proses pengubahsuaian yang ditangguhkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menerusi Instastory Awal yang dimuat naik kelmarin, meluahkan rasa kesal apabila kerosakan yang berlaku bukan kecil, malah melibatkan bahagian-bahagian penting di dalam rumah berkenaan.

“Hari ni cermin tercabut, hari tu cornish

jatuh, kayu-kayu semua dah merekah. Lepas habis PKPD ini rumah runtuh agaknya,” tulisnya.

Dalam Instastory yang sama, Awal juga menjelaskan banyak kerosakan berlaku sekiranya proses pengubahsuaian tergendala lama.

“Panas sejuk panas…lembap, tidak ada orang duduk. Pintu kabinet semua sudah membengkok sebab lama terbiar.

“Siapa yang kena tanggung semua ni? Owner jugak,” tulisnya lagi.

Published by
Impiana