Dapur cantik dan lengkap tapi bila nak masak jadi takut sebab nanti satu rumah akan bau masakan yang di masak. Apa punca yang membuatkan dapur yang serba lengkap itu masih mempunyai masalah yang teruk macam ni. Jangan bagi alasan rumah berkonsep terbuka atau tiada ruang dapur basah hanya ada dapur kering sahaja di dalam rumah.
Sebenarnya terdapat masalah yang anda mungkin tidak perasan dan tidak tahu. Jika anda membina dapur yang baik pastinya sistem pengudaraan yang betul akan di ambil berat dalam menyiapkan ruang dapur yang baik. Begitu juga dengan pemasangan cooker hood yang betul perlu memastikan haba, wap serta bau masakan dapat disedut dengan sempurna.
Bila kita pasang cooker hood terlalu tinggi, ini akan menyebabkan kuasa sedutan cooker hood tidak berfungsi dengan baik. Bila pasang terlalu rendah pula akan mengganggu kita semasa memasak. Apa ketinggian yang betul sebenarnya?
Jom kita belajar ketinggian yang sesuai untuk cooker hood. Pemasangan cooker hood memerlukan kemahiran dan pengalaman. Kalau tak masalah seperti dalam gambar diatas akan terjadi.
Ads
Macam dalam gambar diatas ketinggian cooker hood terlalu tinggi (1000mm). Oleh itu, asap tidak dapat disedut dengan baik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah pakai cooker hood. Betul tak?
Oleh itu, ketinggian cooker hood perlu diubah kepada ketinggian yang lebih praktikal. Jarak antara hob dengan hood perlu diubah iaitu dari 650mm ke 750mm.
Ads
Apabila ketinggian cooker hood diubah, host yang perlu digunakan akan menjadi lebih panjang. Dalam keadaan ini, terdapat banyak lencongan yang perlu dibuat (Seperti yang dibulatkan dalam gambar)
Anda perlu ingat, lencongan yang terlalu banyak akan menyebabkan sedutan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jika semasa pemasangan kabinet dapur ada masalah dari segi ukuran, tuan rumah terpaksa menanggung rugi dengan membayar kos mencabut dan juga kos memasang semula cooker hood tersebut.
Ads
Carilah kontraktor yang bertanggugjawab dan berpengalaman supaya masalah seperti diatas tidak terjadi.
Kecoh hari tu, Bila ada pihak yang salah menginterpretasi info bahawa bawang yang telah berkupas disimpan dahulu sebelum digunakan mengundang ancaman kepada kesihatan. Kononya, bawang tersebut akan tercemar dengan bakteria. Ia menjadikan ramai yang cemas nak-nak mak yang suka simpan stok bawang siap kupas dalam peti sejuk. Ye lah, bagi mak-mak yang bekerja, stok bawang siap dikupas sangat membantu dan mempercepatkan kerja memasak. Untuk informasi lebih tepat, Komuniti Sains Bersekutu Membawa Mutu telah menghurai dan menerangkan perkara yang sahih bagi meredakan perasaan cemas awam di dalam Facebooknya Ini Sains Beb. Kita lihat penjelasannya:
Dewasa ini, kebanyakkan rumah apartmen dan flat yang dimiliki mempunyai saiz dapur sangat terhad. Jadi, pemilik perlu bijak memanipulasi ruang yang tersedia untuk memastikan tempat penyimpaan barang dapur mencukupi. Selain pemilihan warna, dan perabot yang mampu memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang sempit, ada beberapa perkara perlu di perhatikan. Berikut, 10 item bijak untuk dapur bersaiz kompak:
1. KAUNTER PULAU MUDAH ALIH
Pengurusan ruang yang bijak, sebaiknya sesuatu tempat mempunyai pelbagai kegunaan. Begitu juga dapur, terutamanya yang bersaiz kompak. Bagi memberi ruang yang lebih luas, kaunter pulau mudah alih ini boleh diubah suai. Lebih bijak jika anda menggunakan kounter pulau yang boleh dijadikan sebagai meja makan atau ruang bekerja yang dilengkapi dengan ruang pengsotran di bahagian bawah.
2. BESI GANTUNG
Adakalnya, kabinet atau rak dinding akan memakan ruang. Pilihan lain anda miliki adalah hanging bar yang mempunyai pelbagai kegunaan. Boleh jadi tempat sangkut periuk belanga, rempah ratus, pekakas memasak dan sebagainya. Terdapat pelbagai rekaan besi gantung di pasaran termasuk yang dipadankan dnegan besi berani. Ianya amat sesuai untuk menyimpan dan menyusun peralatan beasakan keluli seperti pisau
3. RUANG SIMPANAN SAMPAI KE SILING
Untuk lebih ruang pengstoran dan simpanan anda kelihatan lebih kemas, bina rak dinding atau kabinet dapur hampir mencecah siling. Punya masalah untuk mengambil barang? tak perlu risau, gunakan bangku. Untuk lebih mudah, susun keperluan dapur di kabinet dinding anda mengikut berat dan saiz. Bagi yang bersaiz besar dan berat, letakkan di bahagian bawah. Hanya yang ringan dan jarang digunakan perlu di letak di dalam kabinet yang paling tinggi
4. RAK SUDUT TERGANTUNG
Sebaiknya, ruang di dapur kompak ini dimanfaatkan. Kebiasaanya, sudut dapur yang sering diabaikan dek kesukaran untuk mencapai disamping saiz ruangya terhad. Apa kata sediakan rak sudut sebagai ruang simpanan tambahan. Tiada perkakas atau barang yang sesuai di letakkan? jadikan ia sebagai ruang dekorasi untuk menyerlahkan lagi gaya dapur sempit anda. Kelak, rak sudut tersebut mempunyai kegunaan mendesak yang anda tidak sangka
5. KABINET DAPUR CERMIN
Kabinet dapur dengan kemasan cermin atau kaca bukan sahaja memberi ilusi lebih luas. Ia berupaya membias cahaya yang secara tidak langsung mewujudkan pencahayaan semula jadi. Pencahayan sama ada dari lampu atau cahaya semula jadi amat penting bagi memberi kesan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas.
6. LAMPU PANDENT
Lampu pandent, kebiasaanya dipadankan dengan kaunter pulau atau breakfast bar. Ia bukan sahaja memberi pencahayaan tambahan kepada ruang tersebut, malah menjadikan rekaan dapur lebih elegan dalam sentuhan yang tertentu.
7. RAK BAWAH SINKI
Ruang bawah sinki sering di abaikan. Kebaisaanya menjadi tempat longgokan barang pencuci dan tong samapah. Namun tanpa sistem rak khas tersedia, ruang di bawah sinki tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Apa kata, letakkan rak khas yang direka bagi tujuan kegunaan di bawah sinki untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan. Bukan sahaja lebih kemas, malah memudahkan anda mencari dan mengambil barang yang diperlukan
8. JUBIN BERSAIZ BESAR
Ruang kompak, sudah pasti formulanya haruslah pemilihan pattern bersaiz besar. Aplikasi yang sesuai dengan pattern besar ini sebenarnya lebih berkisar kepada pemilihan saiz jubin. Kebiasaanya, pemaju memilih jubin berukuran 1×1 kaki sebagai kemasan lantai. Hal ini memberi impak visual terhad. Dengan penggunaan jubin bersaiz lebih besar, ia memberi impak visual sebaliknya
9. TONG SAMPAH TERSEMBUNYI
Masyarakat Malaysia lebih gemar meletakkan tong sampah pada sudut dapur. Walhal, sedut tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain. Apa kata sediakan kabinet dapur atau kaunter pulau yang dilengkapi tong sampah tersembunyi. Bukan sahaja lebih bersih dan kemas malah ruang tersedia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti rak simpanan makanan bertingkat, rak bawang atau sebagainya.
10. TAPIS ATAU BESIN LIPAT
Besen dan tapistidak kira berskala besar mahupun kecil antara pekakas dapur yang memerlukan ruang yang banyak untuk tujuan penyimpanan Bagi masyarakat Jepun yang mempunyai kediaman bersaiz kompak, pengurusan ruang simpanan harus lah bijak. Mereka lebih gemar memilih peralatan yang boleh dilipat seperti besen atau penapis silikon. Ruang kompak boleh di muatkan dengan pelbagai barang lain jika anda menggunakan pekakas dapur bijak ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
perangkap Lalat, dengar je pun dah geli-geleman sebab terbayang tempat-tempat pembiakkan dan kegemaran unggas yang merimaskan ni. Tambahan, kehadirannya juga mengundang ancaman kesihatan terutamanya apabila makanan yang dihinggap meninggalkan telur. Kalau nampak dan dikesan tak apa lagi. Tapi yang dah masuk perut, hadapan jelah gejala cirit dan sakit perut.
Tahukah anda, terdapat beberapa jenis lalat dan salah satunya jenis yang menghisap darah. Antaranya ialah lalat rumah, lalat hijau atau langau, lalat kandang, lalat pasir. Lalat yang menghisap darah adalah lalat kandang, ia mempunyai mulut yang tajam seperti jarum untuk memudahkannya menghisap darah manusia atau haiwan
Umum tahu habitat lalat adalah di tempat yang kotor dan tercemar. Apabila wujud kehadurannya di dlam rumah, ini bermakna ia membawa kotoran yang melekat pada kakinya. Ia mungkin mengandungi virus atau bakteria. Apabila ia hinggap pada makanan yang terdedah, bukan sahaja telurnya yang ditinggalkan, bakteria yang tersimpan di kaki juga tersisa. Akhirnya mengudang ancaman kesihatan seperti kolera, tifoid dan cacing
CEGAH LALAT DI DALAM RUMAH
1. Guna pemukul fly swatter
Secara tradisionalnya, penyapu lidi adalah pilihan utama masyarakat dahulu. Kini terdapat banyak produk pemukul lalat di pasaran. Ada juga yang jenis elektri.
2. Gam lalat
Gam lalat salah satu pilihan ramai untuk memerangkap lalat kerana ia lebih mudah dan efektif. Namun, pastikan lokasi gam ini dilitakkan merupakan tempat tumpuan lalat.
3. Serai wangi
Serai juga antara aroma yang tidak digemari oleh lalat. Cara menghasilkan semburan serai wangi adalah dengan mengambil segenggam serai wangi yang telah dibersihkan dan kisar kering. Kemudian, campurkan pes tadi ke dalam secawan air dan dibiarkan semalaman. Saring air rendaman serai wangi tadi dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sebur lah atas meja, pintu dan tingkap. Barulah lalat tak berani masuk.
4. Gantung air dalam plastik atau CD
Teknik ini kerap digunakan oleh peniaga-peniaga restoran dan kedai makan untuk menghalau lalat. Kenapa pula guna air dalam plastik dan CD?
MENURUT HOME REMEDIES FOR LIFE, TINDAKAN INI AKAN MEMPENGARUHI DERIA PENGLIHATAN LALAT. LALAT JUGA DIPERCAYAI AKAN MENJAUHINYA KERANA ILUSI OPTIK SEAKAN-AKAN SARANG LABAH-LABAH.
Caranya amat mudah, Anda hanya perlu masukkan beberapa keping duit syiling perak dalam plastik untuk menambahkan silauan dan penuhkan plastik tadi dengan air. Kemudian gantung sahaja di tempat-tempat yang dikehendaki seperti rak makanan. Sama juga CD. Gantungkan sahaja.
5. Perangkap lalat sabun dan cuka
Sebatikan nenerapa tisi pencucui pinggan, satu sudu cuka dan air. Masukkan campuran tadi ke dalam cawan atau mangkuk. Pastikan cuka yang digunakan mempunyai aroma kuat seperti cuka epal dan balsamic
Aroma cuka tadi akan menarik perhatian lalat untuk masuk ke dalm perangkap. Air dan sabun tadi berfung sebagai perangkap yang melemaskan lalat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.