Api Dapur Gas Jadi Merah Dan Tersumbat, Mudah Je Nak Baiki Sendiri. Memang nampak “old school” pakai dapur ketek-ketek ni. Tapi, untung besar tau. Bukan sahaja harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan dapur gas yang cantik berkaca-kaca tu, kalau rosak pun mudah je untuk dibaiki. Tak perlu panggil tukang atau juruteknik datang baiki. Mak-mak pun kalau tunggu bapak lambat baiki boleh buat sendiri.
Antara masalah utama dapur ketek-ketek ni adalah api mudah jadi merah. Jika dibiarkan, memang berjelaga lah punkok kuali dan periuk tu. Kebiasaanya, tanda-tanda api merah ni sebab gas dah nak habis.
Selain itu juga, menurut Fatimah Salim yang merupakan pakar kimia dan admin group Makmal Makanan (MAMA) sebenarnya api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna.
Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya. Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen (daripada udara persekitaran) tertutup. Maka, api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu Bunsen (Bunsen Burner).
Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Baca juga: Api Dapur Gas Tak Menyala, Apa Puncanya?
Perkara pertama yang boleh anda perlu lakukan adalah, cuba buat macam Sharina Binti Othman ni lakukan
Siapa pernah mengalami situasi api dapur gas tetiba oren? Habis hitam punggung kuali kan. Geram betul. Jom saya share cara hilangkan api oren dekat dapur gas tu.
Cara-cara:
1. Angkat belakang dapur gas tu dan pusing kan benda yang ada anak panah dalam gambar tu.
2. Pusingkan sampai menutup lubang ( anak panah ).(rujuk gambar ke 2)
3. Nah hasilnya di gambar ke 3. Dah tak payah nak pening-pening nak beli baru..Jimat!!
Namun jika dapur gas anda ada masalah tersumbat, boleh gunakan beberapa peralatan tambahan untuk membuat deep cleaning.
Ini alatan yang berguna dan boleh disimpan di rumah. WD40 ni banyak kegunaannya tau. Selain menghilangkan kotoran, ia juga membantu melonggarkan engsel yang ketat, menghilangkan bunyi berkeriut pada alatan, dan menjadikan perkakasan anda bebas karat.
1. Pisahkan dapur dengan cover dia (youtube ada tunjuk cara).
2. Ketuk-ketuk manja dapur sampai turun karat, tahi gas dan kotoran bekas minyak.
3. Sembur WD40 DEGRESER* seluruh dapur termasuk lubang-lubang dapur gas. Biarkan 5 hingga 10min.
4. Cuci dengan berus dawai. Agak tak keluar kotoran, sembur lagi WD40 DEGREASER. Tujuan guna degreser, untuk menghakis bekas-bekas minyak yang tumpah dalam salur gas. Bekas-bekas minyak ini juga salah satu punca api menjadi merah.
5. Bilas dengan air sehingga hilang baki kotoran.
6. Jemur sehingga kering. Nak cepat, bakar dengan flame torch.
Api Dapur Gas Jadi Merah Dan Tersumbat, Mudah Je Nak Baiki Sendiri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.