Kenapa api dapur gas tiba-tiba merah hingga berjelaga periuk atau kuali? tak kira lah dapur gas baru atau lama, masalah ini akan berlaku. Sebenarnya api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna.

Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya. Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen (daripada udara persekitaran) tertutup, maka api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu Bunsen (Bunsen Burner).Api Dapur Gas Merah Dan Berjelaga, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Baiki

Ads

Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.

Ads
Sharina Binti Othman berkongsi cara mudah untuk menyelesaikan masalah tungku dapur yang tiba-tiba merah. tak perlu pakar atau tenaga lelaki, anda boleh lakukan sendiri.

Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3. Dan pasang semula tungku api
4. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )Api Dapur Gas Merah Dan Berjelaga, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk BaikiPusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).Api Dapur Gas Merah Dan Berjelaga, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Baiki
5. Nah hasilnya

Ads

Jika anda menggunakan dapur kaca, bahagian yang perlu anda pusing sperti dalam gambar

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI