Pernah tak anda hadapi situasi sebegini? Bila kita bukak api dapur gas memasak, api tak menyala. Tapi tong gas baru sahaja tukar.
Tahukah anda anda , sebenarnya masalah ini mudah je. Mungkin ada yang tak tahu hal ini. Sebenarnya jika api gas tak keluar bila kita buka gas, ialah disebabkan cara kita pusing knob atau bateri yang terletak dibawah dapur sudah habis dan perlu diganti dengan baru.
1. CARA PUSINGKAN KNOB DAN ADJUST API
Ads
Pastikan anda tekan knob sampai habis, jangan tekan knob separuh jalan dan pusing, api tidak akan meyala atau susah hendak menyala. Api boleh adjust dengan cara pusing kan knob. Terdapat 3 zon api iaitu api rendah, sederhana dan kuat
2. BATERI
Ads
Kadang-kadang kita tak perasan ada bateri dekat bawah dapur gas. Bahagian bawah dapur ada ruang kecil untuk letak bateri. Bateri yang dah lama tidak ditukar boleh tukar sekarang supaya dapur gas kembali berfungsi dengan sempurna.
Susun atur dapur ni jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak. IMPIANA sediakan 6 jenis susun atur dapur yang terbaik untuk anda supaya ceria dan seronok je memasak. Jom baca!
Penting Ke Nak Susun Atur Dapur?
Macam mana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam tu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR!
Kalau susun atur dapur berselerak, tak kemas, tak cantik, nak masak pun tak ada mood kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai je. Tapi, rugi tau kalau asyik makan dekat luar.
Satunya sebab membazir, lagi satu, serius cakap kalau masak sendiri lagi-lagi kalau ada keluarga yang nak makan sama memang lagi terasa kesedapan dia tu. Bak kata orang, masak dengan kasih sayang!
Bila dapat buat dapur cantik-cantik, dan ada kelengkapan dapur yang cukup mesti hari-hari rasa nak masak. Kalau boleh, pagi, petang, siang dan malam tu nak masak dan makan dekat rumah je semua!
Dapur ni ada banyak jenis, ada dapur basah dan dapur kering atau nak buat dapur dalam atau luar rumah. Tapi, letaklah banyak mana dapur pun, kalau susun atur tak menarik, tak best juga, kan?
Apakah Jenis Susun Atur Ruang Dapur Yang Ada?
Ada 6 jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur. Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.
Ada yang suka dapurnya nampak luas dan minimal kelengkapan dapurnya, tapi ada juga yang lebih suka kalau dapurnya cukup lengkap dengan pelbagai barang dan ada banyak ruang kabinet.
Semuanya bergantung pada anda. Yang penting, anda perlu tahu yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting:
Jadi, mari kita tengok dulu apakah jenis susun atur dapur yang ada.
1) Dapur Satu Dinding
Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.
Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.
Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.
Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.
2) Dapur Bentuk-L
Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.
Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.
Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak anda.
Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu!
3) Dapur Bentuk-U
Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.
Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambaham Pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ni membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.
4) Dapur Peninsula atau Bentuk-G
Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.
Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.
Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan.
5) Dapur Dengan Pulau (Island)
Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.
Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.
Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?
Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, seperti gambar di bawah.
Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak dalam rumah anda.
Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika anda sibuk di dapur.
Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.
6) Dapur Galei (Galley)
Dapur design galei adalah salah satu susunan yang paling cekap. Ia juga dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai.
Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.
Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.
Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden.
Pernah tak anda tahu yang mesin basuh pun kena cuci? Walaupun setiap hari dicuci dengan sabun dan peluntur pakaian. Mesin basuh siapa dekat rumah tempat letak sabun sampai hitam dan meleket, drum mesin pun nampak kelabu je…? Pasti ramai admin tahu! Jangan la ambil mudah ye, sayang mesin basuh tu. Beli mahal-mahal tapi tak dijaga. Hari ni Admin nak kongsikan tip dari Super Daddy Khairul Abdullah.
Dengan dua bahan ni je iaitu baking soda dan juga cuka, mesin basuh bersih berkilat dan wangi pulak tu. Perghhh memang terbaik la…Kalau tak percaya boleh la cuba.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah. Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih. Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Jom kita cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Sumber : Khairul Abdullah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kicap antara bahan wajib ada di dapur kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Nasi panas-panas dimakan bersama telur goreng atau ikan goreng antara makanan yang paling mudah dan pembangkit selera jika ditambah bersama kicap. Tapi, macma mana anda simpan kicap yang telah dibukak atau digunakan?
Jom kita baca penjelasan Ilzanno Sharky di dalam group Makmal Makanan
kicap soya tidak memerlukan penyimpanan di dalam peti ais memandangkan kandungan garam di dalamnya amat tinggi. Kandungan garam yang tinggi ini meningkatkan kepekatannya sehingga ke tahap tiada organisma boleh tumbuh di dalamnya.
Ianya bolehlah kita bandingkan dengan madu, yang juga mempunyai kadar kepekatan yang amat tinggi, cuma, untuk madu, yang meningkatkan kepekatannya adalah kandungan gula iaitu 40% fruktosa dan 30% glukosa (bergantung kepada jenis madu) dan untuk kicap, garam.
Cuma, sekiranya anda tak mahu menyimpan kicap di dalam peti ais, pastikan botol penyimpanannya ditutup rapat kerana apa-apa kandungan luar seperti air (kadar humiditi atau kelembapan udara di dapur di Malaysia ini selalunya tinggi), serangga dan lain-lain berpotensi merosakkannya. Sy pasti korang pernah tengok kalau ada kicap yang berada di tudung penutup kicap tersebut, akan ada macam kulat yang mulai tumbuh.
Hal ini adalah kerana seperti apa yang saya tulis di atas, kadar kelembapan udara adalah tinggi. Penyimpanan di dalam peti ais tidak mengubah rasa mahupun kualiti kicap tersebut, dan untuk lebih selamat, simpan sahajalah di dalam peti ais.Ini disebabkan ada sesetengah jenama kicap boleh berubah struktur rasa apabila terdedah keapda suhu bilik dalam tempoh yang lama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!