Berkebun kian menjadi aktiviti popular di Malaysia, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar. Dengan perkembangan teknologi, berkebun kini tidak lagi terbatas kepada kaedah tradisional yang rumit.
Seperti video perkongsian @irfansallal yang memaparkan penggunaan teknologi ‘berkebun atas talian’ di kebun sayurnya.
Dengan menyambungkan beberapa teknologi kepada internet dan peralatan di kebunnya, Irfan mampu mengawal kebunnya hanya dengan menggunakan telefon pintar.
@irfansallalTapi kita masih memerlukan tenaga manusia untuk meracun, melilit, menuai dan sebagainya. Ini hanyalah salah satu cara bagi mengurangkan tenaga untuk menyiram pokok setiap hari. Bertani dari UK hanyalah hiperbola samata mata
Irfan turut menunjukkan cara dia mengawal paip air melalui aplikasi dalam telefon pintarnya asalkan ada sambungan internet di tempat tersebut.
Selain itu, Irfan juga berkongsi ilmu mengenai teknologi Netafirm, di mana terdapat satu paip halus yang disambungkan kepada beberapa pokok yang telah disusun di dalam kebun. Dapat dilihat juga, terdapat satu alat yang dibenamkan dalam tanah di sekitar pokok-pokok tersebut.
Menurutnya, fungsi Netafirm adalah untuk menyamaratakan tekanan air sebelum air yang terkumpul disiram pada pokok-pokok secara serentak.
Selain itu, teknologi ini juga membolehkan kita mengetahui jumlah air yang digunakan dalam masa seminit untuk menyiram pokok-pokok menggunakan sistem Netafirm.
Tambah Irfan, teknologi ini adalah sebahagian daripada Internet of Things (IoT), yang membolehkan sesuatu teknologi dikawal hanya menggunakan capaian internet.
Mesti Baca:Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga
Baca Lagi Di Sini:Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Artikel Menarik:Pokok Lidah Ibu Mertua Mudah Untuk Dijaga Dalam Rumah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.