Petaling Jaya, 20 April 2019 yang lalu telah berlangsungnya malam aprisiasi yang ditunggu-tunggu oleh penggiat industri landscape Malaysia iaitu Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA). Ia telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad. Majlis yang gilang-gemilang telah dianjurkan di Hotel New World Hotel, Petaling Jaya telah menobatkan lebih dari 60 penggiat industri dari perlabgai lapisan sama ada pemaju, pihak berkuasa tempatan, pereka bentuk dan pelajar.
Untuk tahun 2018, sejumlah 141 pencalonan telah diterima terdiri daripada firma rundingan, pemaju, pengkaji, pelajar, kontraktor, pembekal, agensi kerajaan, media dan orang persoranagan. Kesemua penyertaan telah diadili oleh 20 orang juri dari bidang landskap dan seni bina. Antara kategori yang dipertandingankan adalah kategori Landscape analysis & study Award (Malaysia dan Luar negara), Landscape design award (malaysia dan Luar Negara), young landscape architect award, landscape development award, landscape master plan award, green initiatives award, CSR green initiative award, ILAM landscape media award, landscape research award, student design award,
dan ILAM academic award.