A&R ASSOCIATES
Alamat : 20-2, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No.Tel : 014-6399049
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LDR Consultant
LDR CONSULTANT
Alamat : No. 36-B, Jalan 3/70,
Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Contact :
LAr. MUHAMAD KAMEL YASIN
ILAM No. 8800036
Tel : 03-89120095
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Berapa Usia Yang Sesuai Untuk Miliki Rumah Pertama?
Membeli rumah adalah keputusan besar yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk usia, kestabilan kewangan dan rancangan masa depan.
Keputusan untuk membeli rumah pada usia yang sesuai boleh memberi impak yang besar terhadap kestabilan kewangan dan kesejahteraan hidup seseorang.
Oleh itu, memahami faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan ini adalah amat penting untuk memastikan ia adalah langkah yang tepat dan bijak.
Tida ada spesifik usia yang pasti bila seseorang perlu membeli rumah, tetapi beberapa pertimbangan berikut boleh membantu menentukan masa yang sesuai:
- Kestabilan Kewangan:
- Pendapatan Stabil: Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil dan cukup untuk menampung kos bulanan termasuk bayaran ansuran rumah, cukai, insurans dan penyelenggaraan.
- Dana Kecemasan: Sebaiknya anda mempunyai dana kecemasan yang cukup untuk menampung kos hidup selama 3-6 bulan.
- Wang Pendahuluan: Kebanyakan bank memerlukan wang pendahuluan sekurang-kurangnya 20% daripada harga rumah. Semakin besar wang pendahuluan yang boleh anda bayar, semakin kecil ansuran bulanan anda.
- Kredit yang Baik:
- Mempunyai sejarah kredit yang baik akan membantu anda mendapatkan kadar faedah gadai janji yang lebih rendah.
- Rancangan Jangka Panjang:
- Rancangan Kerjaya: Pastikan anda selesa dengan lokasi pekerjaan anda dan tidak merancang untuk berpindah dalam masa terdekat.
- Keluarga: Jika anda merancang untuk mempunyai keluarga, pertimbangkan keperluan ruang tambahan dan persekitaran yang mesra kanak-kanak.
- Umur dan Tahap Kehidupan:
- Ramai orang mula mempertimbangkan membeli rumah pada usia 25-35 tahun, kerana pada usia ini biasanya sudah mempunyai pendapatan yang lebih stabil dan mungkin sudah mula membina keluarga.
- Walau bagaimanapun, tidak ada had umur tertentu. Sesetengah orang mungkin lebih bersedia dari segi kewangan dan peribadi pada usia yang lebih muda atau lebih tua.
- Harga dan Pasaran Hartanah:
- Pertimbangkan keadaan pasaran hartanah di kawasan anda. Membeli rumah semasa pasaran sedang stagnant atau turun boleh lebih menguntungkan.
- Kos Hidup:
- Pertimbangkan kos hidup di kawasan yang anda inginkan dan bandingkan dengan pendapatan anda.
Secara keseluruhannya, masa yang sesuai untuk membeli rumah adalah apabila anda berasa bersedia dari segi kewangan dan peribadi untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Tidak perlu tergesa-gesa, yang paling penting adalah membuat keputusan yang matang dan berdasarkan keadaan kewangan serta rancangan hidup anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Betik Berpenyakit Ini Puncanya Ambil Tahu 5 Penyebabnya
Pokok betik antara tanaman buah yang paling mudah untuk dikesan kehadiran penyakit. Kebiasaannya, ancaman mudah berlaku ketika musim hujan. Jika rawatan tidak dilakukan secara rutin, pokok betik terdedah pada pelbagai penyakit. Sedangkan tanaman yang dirawat juga mengalami masalah, ini kan pula tidak dirawat langsung.
Antara jenis penyakit yang kerap mengancam pokok betik di musim hujan adalah seperti:
1. Busu akar
Masalah busuk akar mamang agak sukar untuk dikesan kerana ia berada di dalam medium tanah. Ia berpunca daripada bakteria phytophthora palmivora.
Tanda-tanda jangkitan mula menyerang apabila bawah daun layu, menguning kemudian dan berkedut atau kerinting. Daun yang muda pun menunjukkan gejala yang sama
2. Busuk batang
Penyakit ini berpunca daripada bakteria yang sama menyebabkan masalah buruk akar. Jika di peringkat awal akar membusuk tidak dirawat, ia akan melarat kepada bahagian batang pula.
Masalah atau penyakit ini lebih mudah untuk dikesan. Kebiasaanya berlaku di bahagian pangkal batang. Akan kelihatan batang yang rosak. Lama kelamaan bahagian yang dijangkiti tadi akan merompong dan menyebabkan ia mudah patah
3. Penyakit buah rosak
Busuk buah berpunca daripada kehadiran fungus Colletotrichum gloeosporioides. Disebabkan keadaan yang sentiasa lembap, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat ini.
Kehadiran kulat pada buah betik dapat dikesan apabila kelihatan luka atau lebam kecil pada permukaan buah berbentuk bulat. Peringkat awal ia akan mengeluarkan getah. Lama kelamaan bahagian tersebut akan mengeras. Ada juga bahagian yang dijangkiti menajdi besar hingga menyebabkan buah membusuk apabila tiba masa matang
4. Daun layu
kehadiran bakteria Bacteria papayas akan menyebabkan daun yang masih muda pun mengalami keguguran. Peringkat awal, daun akan terkulai dan mula menguning sebelum gugur walaupun bahagian daun yang lain dalam satu pokok kelihatan sihat.
Jika langkah pengawalan tidak dilakukan segera, bahagian pucuk juga akan dijangkiti dan membusuk seluruh pokok
5.Papaya mosaic virus
Warna daun betik menjadi tidak rata dan kasar disebabkan oleh kehadiran papaya mosaic virus (PMV) Kehadirannya menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan daun terbantut. Jika langkah kawalan tidak diambil segera, ia akan menyebabkan masalah produktiviti buah betik.
Tip mencegah serangan penyakit betik ketika musim hujan
1. Perbaiki saliran atau sebaiknya sediakan laluan mahupun longkang sementara di antara pokok untuk memudahkan air hujan di hbawa kelaur dari kawasan betik.
2. Bila kelihatan ada pokok yang diserang penyakit, segera buang hingga ke bahagian akar pokok yang dijangkiti. Sebaiknya dimusnahkan sepenuhnya pokok tersebut dengan cara membakar. Ia bagi mengelak dari bakteria atau virus yang dijangkiti merebak ke tanaman lain
3. Mencegah dengan menggunakan semburan serangga sebaiknya secara organik. Namun jika cara organik kurang ampuh, boleh cuba gunakan racun kimia namun dalam nisbah yang amat minimum
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI