Bersedia untuk bersantai di dalam kolam renang di halaman rumah! Pasti ramai yang mengidamkan kolam renang di kediaman sendiri.
Cuaca tropika memang menyeronokkan! Cuaca panas dan lembap di Malaysia menyebabkan ramai di antara kita yang gemar akan aktiviti renang. Bukan sahaja untuk menyejukkan badan, aktiviti ini membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sambil membolehkan kita meluangkan masa bersama yang tersayang.
Pemilik rumah di Malaysia jarang membina kolam renang peribadi di pekarangan kediaman. Selalunya apabila kita mahu berenang, kita akan mengunjungi kolam renang di kondominium atau hotel kerana pada pemahaman kita, kos pembinaan kolam renang di rumah adalah sangat tinggi dan juga kerana ketidaksesuaian tapak pembinaan, proses penyelenggaraan mungkin susah untuk dijalankan. Walau bagaimanapun, di negara barat, kolam renang persendirian sudah menjadi trend berkat teknologi pembinaan kolam yang canggih, peningkatan kesedaran tentang kebersihan diri dan sifat mereka yang mementingkan kualiti hidup. Lagi-lagilah semenjak kita dilanda pandemik COVID-19, warga barat semakin didorong untuk membina kolam renang peribadi di rumah sendiri.
“Dengan pembinaan kolam dan teknologi sanitasi yang telah ditambah baik, memiliki kolam peribadi di rumah untuk berenang dengan selamat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai di Malaysia. Walaupun secara amnya. ramai yang masih mempercayai bahawa ia sukar dan mahal untuk membina kolam renang di rumah, namun dengan perancangan dan peralatan yang betul, pemilik rumah mampu membina kolam renang impian mereka sambil mengekalkan bajet,” kata Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco (penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat).
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh pemilik rumah yang ingin membina kolam renang impian mereka tanpa membuat perbelanjaan yang terlalu besar!
1. Keadaan tapak pembinaan adalah faktor utama yang akan menentukan kos
Ads
Langkah pertama untuk membina kolam renang peribadi adalah dengan menilai keadaan tapak pembinaan untuk menentukan saiz, bentuk, dan jenis kolam renang yang sesuai untuk rumah anda. Anda mungkin perlu menjalankan ujian tanah untuk memahami keadaan tanah dan kestabilan untuk menentukan kesesuaian lokasi dan jenis kolam renang. Kawasan rata yang bertanah halus merupakan tapak yang ideal untuk pemasangan kolam kerana ia memerlukan kerja asas dan landskap yang minimum. Sebaliknya, tanah cerun yang curam dengan tanah berbatu atau lembut akan memerlukan landskap tambahan yang akan menyebabkan kos yang lebih tinggi.
2. Tentukan jenis dan saiz kolam renang berdasarkan keadaan tapak pembinaan
Setelah selesainya penilaian dan pemilihan tapak pembinaan, pemilik rumah boleh menentukan jenis dan saiz kolam renang pilihan mereka. Keadaan dan kestabilan tanah akan menentukan lokasi kolam renang sama ada ia perlu berada di dalam atau luar rumah, di atas tanah atau di dalam tanah. Secara amnya, kolam dalam tanah adalah lebih mahal berbanding dengan kolam atas tanah kerana banyak masa diperlukan untuk menggali dan mengalih tanah sebelum pembinaan kolam boleh dimulakan. Begitu juga dengan saiz kolam, semakin besar kolam, semakin tinggi kos yang akan dikenakan.
Ads
3. Pemilihan bahan dan ciri tambahan
Bahan pembinaan yang digunakan untuk kolam idaman anda juga merupakan salah satu perkara utama yang perlu dipertimbangkan untuk mengawal bajet sambil mengekalkan estetika dan juga untuk memastikan proses penyelenggaraan yang minimum untuk jangka panjang. Bergantung pada keadaan tapak pembinaan dan jenis kolam, pemilik rumah boleh memilih bahan yang sesuai untuk pembinaan kolam yang tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Beberapa bahan yang paling popular untuk pembinaan kolam termasuk konkrit dan gentian kaca. Kolam konkrit merupakan pilihan yang paling kuat dan paling tahan lama tetapi masa yang diperlukan untuk membinanya mungkin lebih lama kerana ia dibina di tapak pembinaan itu sendiri dan kelengkapannya bergantung pada keadaan cuaca. Sebaliknya, kolam gentian kaca adalah pra-acuan dan oleh itu, ia lebih cepat untuk dipasang. Jika anda ingin meningkatkan estetika atau ciri tambahan untuk berenang dengan lebih santai, anda boleh memasang lampu kolam renang dan ciri tambahan seperti sistem pemanasan kolam.
4. Sistem penyelenggaraan dan sanitasi
Ads
Sistem peredaran dan sanitasi yang berkualiti adalah penting untuk memastikan kolam di dalam atau di luar rumah kekal bersih dan jernih untuk kita berenang dengan selamat. Jenis sistem penapisan dan sanitasi akan mempengaruhi kos pemasangan dan penyelenggaraan kolam renang dalam jangka masa
panjang. Pemilik rumah perlu memastikan sistem penapisan air yang dipilih telah terbukti dan diuji secara menyeluruh sebagai jimat tenaga dan selamat, seperti sistem penapisan air dari Waterco Malaysia yang dikenali untuk daya ketahanannya dan penjimatan tenaga.
“Memilih sistem penapisan dan sanitasi kolam yang cekap tenaga dan kos efektif dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan kuman berbahaya di dalam kolam. Selain itu, pemilik rumah juga harus memberi perhatian pada tahap klorin yang digunakan untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini pada kulit dan pada masa yang sama, tahap klorin tersebut cukup untuk mengekalkan kebersihan dan keselamatan air. Inilah sebab mengapa anda perlu memilih sistem penapisan yang canggih dan cekap. Walaupun pemasangan sistem ini memerlukan perbelanjaan awal, namun ia akan menjimatkan masa dan wang bagi proses penyelenggaraan kolam dalam jangka masa panjang,” jelas Encik Koo.
Akhir kata, terbukti bahawa pemasangan kolam renang di rumah bukanlah sesuatu yang menyukarkan! Dengan perancangan dan pemahaman yang betul mengenai jenis dan ciri-ciri kolam renang yang anda perlukan, pemasangan kolam renang boleh dilakukan khas untuk kegunaan anda dan orang tersayang di keselesaan kediaman sendiri! Pastikan anda berunding dengan pembina kolam profesional untuk memastikan pembinaan kolam yang selamat dan tahan lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Keselamatan ketika memasak di dapur, perlulah kita menjaga kerana pada waktu itu kita sedang menggunakan tong gas. Tong gas itu, jikalau kita salah gunanya, boleh mengakibatkan rumah meletup. Jadi, jika tidak mahu perkara itu berlaku, saya akan terangkan atau memberitahu apa langkah keselamatannya.
Pertama sekali, kena ingat untuk pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Selain itu, semasa mememgang alat memasak, alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi daripada tong gas supaya tiada apa-apa terjadi. Seterusnya, jangan sesekali anda menyimpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Ini kerana, ia boleh memberikan tekanan yang kuat dan boleh meletup jika tekanan itu terlampau kuat. Di samping itu, jika ada seperti terbau yang pelik dari tong gas, maka ketahuilah bahawa tong gas itu ada kebocoran dan diwajibkan jangan menggunakan apa-apa peralatan elektrik. Dan yang terakhir ini adalah langkah yang ramai orang tidak tahu, iaitu, Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Secara kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam menggunakan tong gas di rumah. Nampak sahaja seperti tiada apa yang boleh diganggu atau ia memberi kesan, tapi sebenarnya, ia dapat menghasilkan kecelekaan yang amat dahsyat dan mampu meragut nyawa orang lain. Renung-renungkanlah.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tanpa menguunakan air cond rumah tetap boleh sejuk dan nyaman dengan penggunaan kipas dengan betul. Rumah jenis teres intermediate (tengah-tengah) nak-nak untuk kos rendah mahu pun sederhana, mempunyai sirkulasi udara yang sangat terbatas. Sebab itu, ada sesetengah pemaju akan menyediakan satu ruang atau lubang udara. Kebiasaannya ia berfungsi sebagai internal courtyard atau bilik yang tersedia double volume.
Namun, air-cond bukan lah penyelesaian yang terbaik. Haba dan udara yang terperangkap di dalam kediaman masih tidak dapat dikeluarkan. Hal ini akan menyebabkan kondisi di dalam rumah meningkat panas.
Namun, seorang pakar elektrik berkongsi penjelasan dan penyelesaian mudah. Dengan hanya menggunakan kipas, udara panas yang terperangkap di dalam kediaman dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan kipas.
Kini setiap rumah pastinya mempunyai satu unit penghawa dingin. Ramai juga lupa dengan harga bil yang akan dikenakan bila hujung bulan nanti. Tak nak lah dah pasang aircond tapi takut nak pakai sebab takut nak bayar bil elektrik.
Teknik menggunakan kipas dengan betul ini boleh dijadikan salah satu teknik untuk anda semua cuba di rumah. Bukan itu sahaja, terdapat teknik lain juga untuk menbuatkan ruang dalam kediaman anda sentiasa sejuk dan segar.
Seawal pagi buka semua tingkap rumah beri sistem pengudaraan yang baik dan bersih masuk kedalam rumah. dengan cara ini haba panas yang berada dalam rumah akan terus keluar dan rumah pun akan sentiasa segar sepanjang hari.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.