Siapa yang tidak kenal akan arkitek tersohor Dr Tan Loke Mun ini setiap sentuhannya pasti mencuri perhatian rakyat Malaysia. Bukan calang-calang rekaan dan sentuhan yang akan dihasilkan oleh beliau dalam setiap seni binanya. Kali ini IMPIANA terpanggil untuk melihat karya beliau yang dizahirkan di kawasan perumahan Taman Tun Dr. Ismail.
Kawasan perumahan ini banyak rumah cantik tetapi kediaman yang diberi nama 23 Teres ini tersembunyi di tengah-tengah kawasan rumah yang lain. Walau bagaimanapun, dengan sentuhan ajaib DRTAN LM Architect, ia telah berubah menjadi rumah dua tingkat yang bergaya yang menjulang di atas jirannya dan kelihatan sangat hebat.
Mungkin kelihatan sederhana pada siang hari dengan menyamar sebagai rumah moden dengan langsir kaca dan kisi pintu dan gerbang keselamatan minimalis, tetapi ketika malam tiba, bentuknya yang sebenarnya muncul, seperti sebuah tanglung yang memancarkan bayangan yang mempesona di beranda. Dekorasi di dalam rumah sama menakjubkan dengan luaran, dengan tingkat bawah menggunakan konsep ruang terbuka untuk nuansa yang lebih luas.
Anda akan mendapati bahawa pereka memutuskan untuk memilih tema industri kontemporari; dengan siling konkrit yang terdedah dan dinding bata merah sehingga kelihatan kasar namun moden. Untuk mengimbangi penampilan kasar ini; Potongan perabot yang kemas dan tepat digunakan untuk suasana yang bergaya dan berciri moden dalam menarik perhatian setiap tetamu yang melewatinya.
Untuk menuju ke tingkat atas bilik tidur, tangga keluli sederhana tetapi bergaya dibahagikan kepada dua bahagian; dengan satu sisi menuju ke taman bumbung teres sementara sebelah lagi menuju ke bilik tidur utama. Di taman, balkoni yang luas sangat sesuai untuk menikmati malam-malam yang nyaman. Kawasan sekelilingnya dilindungi oleh tembok setinggi sepuluh kaki sehingga pemilik tidak akan merasa terlalu terdedah dan lebih ‘privacy‘.
Walaupun tingkat bawah hanya mengenakan langsir siang sahaja yang agak jarang, bilik tidur utama lebih mewah dengan cermin tebal bagi memberi sinar matahari menembusi terus tanpa gangguan, dengan lantai kayu yang kukuh dan langsir gelap untuk kesempurnaan ruang. Terdapat bilik mandi utama dengan kemasan marmar memberi imej yang lebih mewah dalam sentuhan, justeru mewujudkan kediaman yang sangat unik.
Semua gambar diambil dari DTLM kecuali dinyatakan sebaliknya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI