Dekorasi

Atasi Bilik Panas Dengan EXHAUST FAN, Cara Mudah Pasang Tanpa Tebuk Dinding!

Share

Terasa panas dan berbahang termasuklah pada malam hari. Tidur pun sukar lena kerana panas dan berpeluh. Hal ini disebabkan fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara ketika ini dan dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Bagi kediaman yang punya penghawa dingin mungkin tak jadi masalah tapi bagi yang tiada, boleh ikut cara altenatif yang dikongsi oleh Jay Khor

ini.

Cara memasang exhaust fan dalam bilik tanpa perlu tebuk lubang atau buat wiring.

Cara pasang exhaust fan tanpa perlu tebuk dinding

Caranya hanya perlu sangkut saja alat ini pada jeriji besi tingkap. Berikut adalah langkah DIY yang boleh kita buat;

1. Mula-mula terbalikkan exhaust fan, buang kepingan bahagian belakang. Jangan bimbang ia tak menjejaskan fungsi.

2. Seterusnya buka cover bahagian depan.

3. Perhatikan ada lubang kecil di situ, masukkan cable tie di situ.

4. Tentukan lokasi tingkap untuk diletakkan exhaust fan dan ikat cable tie di situ. Ikat ikut cita rasa tapi pastikan kemas.

5. Dah sangkut elok, tutup exhaust fan dengan cover.

6. Dah siap! Senangkan. On suis untuk keluarkan haba panas. Boleh pasang extension jika wayar tak cukup panjang. Kalau tingkap pasang langsir, pasangkan jaring.

Selamat mencuba.

Kalau nak beli exhaust fan macam ni boleh klik SINI

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Sumber: Tik Tok  Jay Khor

Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!


Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana